Raya Nanti, Siapa Yang Kita Boleh Dan Tak Boleh Salam?

GAYA HIDUP
May 28, 2019 - 01:05 PM


Hari raya nanti, pastinya ada sanak saudara yang akan kunjung mengunjung. Seperti kebiasaan, pasti ramai yang menghulurkan tangan untuk bersalam. Lagi-lagi bila berdepan dengan individu yang lebih berumur.

Tapi, dalam bersalam tersebut kita perlu ingat, kalau BUKAN MAHRAM, TAK BOLEH bersalam ye, kalau ada wuduk, batal! Cuma, kalau sama jantina, TIADA MASALAH. Salam ajelah. 

Ni nak dekat dengan raya ni, tak salah kiranya kalau kita berkongsi dan saling mengingati. Beberapa hari lepas, ada satu pesanan yang diterima di WhatsApp dan kami yakin anda pun ada yang menerimanya.

Siapakah yang bergelar Bukan Mahram yang TAK BOLEH salam dan kena jaga aurat:

Jika kita seorang Lelaki:-

1. Kakak Ipar

2. Adik Ipar perempuan

3. Sepupu perempuan

4. Sepupu Ayah (perempuan

5. Isteri kepada adik beradik bapa

6. Isteri kepada adik beradik emak

7. Adik beradik perempuan bapa mertua

8. Adik beradik perempuan emak mertua

9. Anak perempuan adik beradik isteri

10. Sepupu Emak (perempuan)

Susah nak faham? Ni kitorang ada lukis… Hehe – kredit to MFR Studio

 

Jika kita seorang Perempuan:-

1. Abang Ipar

2. Adik Ipar Lelaki

3. Sepupu Lelaki

4. Suami kepada adik beradik bapa

5. Suami kepada adik beradik emak

6. Adik beradik lelaki bapa mertua

7. Adik beradik lelaki emak mertua

8. Anak lelaki adik beradik suami

9. Sepupu Ayah (lelaki)

10. Sepupu Emak

Susah nak faham? Ni pun kitorang ada lukis… Hehe – kredit to MFR Studio

Ada yang tak tahu. Dan kadangkala kita terlupa. Nampak macam boleh tetapi sebenarnya tak boleh.

Haa..dah tahu kan?? 

;