[REVIEW] Dilan 1991 – Filem Penuh Dengan ‘Pick-up Line’

GAYA HIDUP
July 17, 2019 - 11:33 AM


Jika anda mengikuti filem Dilan, atau membaca novelnya, pasti anda tahu yang ini merupakan filem kedua dalam siri novel karya Pidi Baiq. 

Sama konsep dan jalan penceritaan dengan filem sebelum ini, Dilan 1991 ternyata mempunyai tarikannya tersendiri baik di Indonesia mahupun di sini. Boleh dikatakan filem ini meletakkan standard yang tinggi dalam kategori filem cinta remaja.

Selain mencatat rekod serta memecahkan rekod Box Office di Indonesia, sebenarnya tarikan Dilan 1991 terletak pada kekuatan skrip dan jalan cerita cinta serta keserasian pelakon utama iaitu Iqbaal Ramadhan (Dilan) dan Vanesha Prescilla (Milea).

Sekiranya anda tidak mahukan spoiler, boleh stop disini dan kembali baca selepas menonton filem ini di pawagam nanti. Hehe.

Berpeluang menonton tayangan perdana filem Dilan 1991 minggu lalu (terima kasih kepada TGV Pictures) bersama beberapa pembaca Rileklah.com sendiri, ternyata panggung dipenuhi dengan gelak tawa dan moment yang mampu membuatkan penonton ‘cair’ dengan kata-kata yang keluar dari mulut Dilan.

Diadaptasi dari novel penulisan Pidi Baiq, Dilan 1991 merupakan kesinambungan percintaan Dilan dan Milea dan seperti pasangan lain, diuji dengan beberapa konflik yang boleh dikatakan sedikit mengganggu emosi kedua-duanya.

Dilan, sebagai ketua geng motorsikal di Bandung secara ‘rasmi’ bercinta dengan Milea. Seperti yang dijangkakan, filem kedua ini juga diselitkan dengan banyak dialog atau ‘pick-up’ line yang dikeluarkan oleh Dilan.

Selain itu, salah satu faktor yang membuatkan filem ini berjaya di Indonesia adalah isu dan latar belakang mereka sebagai pelajar sekolah. Mana tidaknya, percintaan Dilan dan Milea diuji apabila Dilan ditahan pihak polis kerana terlibat dengan pergaduhan. Kalau korang ingat, di filem pertama, Milea ditampar oleh Anhar dan isu tersebut dibawa ke filem kedua.

Konflik percintaan Dilan dan Milea juga diuji dengan kehadiran sepupu Milea yang baru pulang dari luar negara.

Nak dijadikan cerita, saat sepupu Milea datang, Dilan ‘kantoi’ berkumpul dengan geng motornya. Perbuatan ni sememangnya ditegah Milea dan apabila melihat Milea bersama lelaki lain, Dilan teruskan juga sesi ‘balas dendam’ tersebut dan dia ditahan polis buat kali kedua.

Babak sedih berjurai air mata banyak berlaku lepas ini, Milea jadi tak keruan apabila Dilan berdegil dengan kumpulan motornya dan hubungan mereka terputus sehinggalah masing-masing dah membesar dan bekerja.

Plot twist berlaku apabila Dilan terserempak dengan Milea di pejabat. Pengakhirannya, bukan happy ending. Dan boleh dijangka filem ketiga nanti banyak menceritakan perihal Milea pulak sebab tajuk novel ketiga dalam siri ini pun adalah ‘Milea’.

Nak tahu moment-moment dan pick up line Dilan yang disebut-sebut tadi, boleh lah pergi menonton Dilan 1991 yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh tanah air. Sebenarnya tayangan bermula 11 Julai lalu dan Dilan 1991 menjadi trending jugak di Malaysia sekejap.

p/s : Kalau yang single pergi tengok Dilan 1991 ni, korang akan menyampah jugak sebab cerita ni manis bergula sangat. Hehe~