Rupanya IC Orang Sabah & Sarawak Ada Huruf 'H & K'. Siap Ada Keistimewaan Tersendiri Lagi!

GAYA HIDUP
April 18, 2023 - 02:11 PM


Kad pengenalan atau lebih dikenali sebagai IC merupakan sistem maklumat diri dan keselamatan buat warganegara Malaysia.

Namun tahukah anda, kad pengenalan rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah atau Sarawak sebenarnya berbeza daripada MyKad penduduk semenanjung.

Menarik perhatian ramai, perkara itu dikongsikan oleh seorang gadis menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok.

Menurut gadis yang dikenali sebagai @yarafaee, kad pengenalan penduduk Sabah dan Sarawak mempunyai huruf khas di hujung kad.

“IC orang Sarawak dia ada huruf ‘K’ dekat hujung kanan IC tu, dekat bawah. IC orang Sabah ada huruf ‘H’.” katanya.

@yarafaee

4/4/2023 ; officially a proud Sarawakian! 🇲🇾🫶 thank you JPN & Jabatan Imigresen sebab memudahkan kerja saya!!

♬ original sound - tun.

Ciri khas ini melambangkan hak keistimewaan khususnya dalam urusan imigresen ketika mahu memasuki Sabah atau Sarawak.

Bukan semua penduduk yang lahir di negara tersebut bakal mendapatkan hak itu, dan penduduk negara lain juga boleh memohonnya.

Namun, untuk mendapatkan hak keistimewaan itu, ibu bapa pemohon perlulah berasal dari negara tersebut atau anak jati Sabah/Sarawak.

Hak tersebut membenarkan pemohon untuk masuk ke Sabah atau Sarawak tanpa menggunakan passport atau pas lawatan.

Mereka juga boleh mengunjungi negeri tersebut lebih dari tempoh yang dibenarkan iaitu 90 hari.

Destination: