Saf Solat Akhirnya Dirapatkan Di Johor, Atas Perkenan Sultan Johor

GAYA HIDUP
January 06, 2022 - 03:52 PM


Akhirnya salah satu isu yang dipersoal rakyat Malaysia mengenai SOP yang ada, jarak antara makmum untuk solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat kini boleh dirapatkan kepada setengah meter bermula esok 7 Januari.

Pengumuman itu telah dimaklumkan semalam menerusi satu kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor; Tosrin Jarvanthi, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor; Md Rofiki Samsudin dan Mufti Negeri; Yahya Ahmad.

Melalui kenyataan itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah memberi perkenan agar pelaksanaan tersebut bermula dikuat kuasa pada 7 Januari iaitu pada Jumaat ini sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Program-program pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah dan ceramah agama pula ditambah daripada satu jam kepada tempoh tidak melebihi dua jam.

Di samping itu, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan surau pula dipertanggungjawab bagi sentiasa memastikan para jemaah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Destination: