Selalu Tak Dilayan Ketika Masuk Butik Ternama? Ini Protips Dapatkan Layanan Baik Dari "Sales Assistant"

GAYA HIDUP
September 03, 2018 - 04:18 PM


Pernah tak korang berasa tak dilayan ketika masuk butik-butik ternama? Ataupun Sales Assistant buat muka kerek kat korang? Pastu dalam hati mulalah cakap "eleh dia ni ingat aku tak ada duit ker nak masuk butik mahal dia. Padahal keja dekat butik je pun bukan pemilik butik" Haaa mesti korang pernah terfikir macam ni kan? Pastu macam-macam lagi makian muncul kat media sosial. 

Contoh dia dalam gambar ni.

Ok meh sini, kami nak bagi tip sikit macam mana nak dapatkan layanan terbaik dari SA ni atau pun cara yang betul kalau korang masuk hanya sekadar tengok-tengok sahaja dan tak nak SA ikut korang.

1. Bila masuk pintu kedai, SA akan greet, "hello, ada apa2 yang saya boleh bantu?" dengan senyuman. Kita senyum balik.

2. Set expectation.

Kalau tak nak layanan, cuma kata "oh takpe, saya cuma browsing tengok collection/model yang baru". SA akan beri space.

Kalau perlu layanan, set the expectation straight. "Oh, saya sedang cari hadiah untuk birthday mak saya. dia suka *brand* ni tapi saya ada budget limited dalam RMxxx. ada recommendation tak? SA ni manusia juga, dia ada rasa utk tolong bahagia kan orang.

SA akan kata, oh untuk range budget you, kita ada product A, B, C. SA di kedai branded ni selalu pernah kerja kedai lain juga. So, bila takde price range tu, dia akan recommend di kedai lain. SA di branded stores are well trained. Yang penting, kita cakap apa yg kita nak.

Kebanyakan kes kitorang dapat ialah, masuk kedai muka macam takut2. lepas tuh bila kita wish hello, boleh tolong, customers diam dan paling muka. 

And, yes. Looking the part also is important for first impression. Orang pakai mahal cantik will get more hellos from SAs compared to say kalau datang kedai pakai track dan selipar. And yes, SA gaji tak besar, tak mampu nak beli Chanel. You dont have to be rude either.

3. Dan last sekali, bila dah nak keluar, ucaplah terima kasih. sama ada dengan gesture atau ucapan dalam mana-mana bahasa. walaupun anda tak beli apa-apa. SA pun gugup jugak nak attend to customers. the feeling is mutual actually. *senyum dan godspeed.

tips ini dari @KLCCElevators 

*******

Dalam tak sedar diri sendiri yang membuat kita dilayan seperti itu, jadi kalau nak orang layan kita dengan baik, kita pun kenalah tunjuk peragai first class. Ni kita tunjuk perangai kerek, SA nak layan pun berkira degan korang.