Selepas Wonder Woman, Kita Tunggu ‘Justice League’ Pulak!

GAYA HIDUP
October 09, 2017 - 10:55 AM


Ini adalah salah satu kejutan di Comic Con New York. Nampaknya, selepas kejayaan Wonder Woman, DC Comic akan menghasilkan sebuah filem dan mengumpulkan kesemua watak protagonis mereka dalam satu filem.

Nampaknya, filem ini akan menyaingi Marvel lah. Seperti yang kita tahu, sebelum ini Marvel mengumpulkan kesemua hero mereka dalam The Avengers.

Sempena dengan Comic Con di New York baru-baru ini, DC Comics yang terkenal dengan hero seperti Batman, Superman, The Flash dan lain- lain menyiarkan ‘trailer’ untuk pertama kalinya kepada peminat mereka.

Justice League ini adalah filem keempat daripada DC Extended Universe, selepas kejayaan Wonder Woman awal tahun ini.

Jom kita tengok 'trailer' yang dipratonton di New York Comic Con ini... : 

 

Apa kata anda? Macam mana? 

 

Sumber : Hypebeast