Seorang Wanita Ditahan Kerana Tinggalkan Bayi Di Kereta Namun Sebaliknya Terjadi
GAYA HIDUPAkibat salah faham, seorang wanita terkejut apabila mendapati cermin keretanya pecah ketika sedang membeli-belah bersama anaknya. Wanita tersebut menerima laporan bahawa terdapat seorang 'bayi, ditinggalkan di dalam keretanya tanpa pengawasan.
Difahamkan, anak kepada wanita tersebut ada mengikat anak patungnya pada kerusi kereta sorong bayi sebelum keluar meninggalkan kereta bersama ibunya.
Selepas mereka kembali ke kereta usai membeli-belah, wanita ini mendapati kereta Nissan Qashqai miliknya berada dalam keadaan cermin pecah. Turut berada di situ, dua orang pegawai polis yang sedang menunggu mereka.
Dilaporkan dua anggota polis tersebut bertindak memecahkan cermin tingkap kereta milik Amy kerana menyangka patung tersebut ialah bayi yang terperangkap. Keadaan bertambah tegang apabila polis itu cuba mengari tangan wanita tersebut kerana meninggalkan 'bayi' tanpa pengawasan.
Bagaimanapun, Amy akhirnya dilepaskan selepas memberitahu bahawa ia hanyalah anak patung dan bukannya bayi seperti yang disangka oleh mereka.
Difahamkan, pihak polis telah meminta maaf di atas insiden tersebut dan akan membayar ganti rugi ke atas kerosakan pada tingkap kereta.
Sumber: Lobak Merah