Skechers Tampilkan Garfield dan Odie Pada Koleksi Terbaru!

GAYA HIDUP
March 16, 2018 - 03:24 PM


Nampaknya penggemar watak kartun Garfield ada sebab tersendiri untuk dapatkan sepasang kasut Skechers selepas ini.

Menerusi BOBS womenswear, Skechers USA mengumumkan penampilak watak komik ikonik dan juga merupakan kucing paling popular di dunia iaitu Garfield dan juga rakan karibnya Odie.

Bukan sekadar design kasut yang unik dan boleh dijadikan collectable item, difahamkan 25sen daripada setiap jualan koleksi BOBS ini akan disumbangkan kepada Organisasi Kebajikan Haiwan ‘Best Friends Animal Society’.

Tujuan utamanya mudah, untuk menyelamatkan nyawa dan memberikan kehidupan yang lebih terjamin kepada haiwan-haiwan yang berada di tempat perlindungan haiwan di sekitar US dan pemilihan Garfield diharapkan dapat menembusi pasaran yang lebih besar.

Selain itu, tujuan utamanya semestilah nak berikan pendedahan kepada umum tentang kebajikan dan keperluan haiwan yang berada di pusat perlindungan haiwan.

 

 

Koleksi Garfield ini akan menampilkan 5 warna dan style merujuk kepada pengembaraan Garfield yang di’lahirkan’ pada tahun 1978 ini oleh kartunis Jim Davis.

 

Dengan munculnya koleksi Garfield ini, nampaknya meriah industri fesyen dengan watak-watak kartun seperti Spongebob dengan Vans, dan Hello Kitty bersama Puma.

Untuk peminat di Malaysia, kasut versi Garfield ini boleh didapatkan atas talian di laman web skechers dengan harga USD45 (RM180).

-aj-