Sony Keluarkan PlayStation Classic, PS1 Versi Mini Disember Nanti

GAYA HIDUP
September 19, 2018 - 04:34 PM


Disember ini, peminat setia PlayStation pastinya gembira apabila Sony akan melancarkan PlayStaion Classic, iaitu PS1 versi mini tetapi mempunyai 20 video game build-in di dalamnya.

Apa yang lebih menarik, sesuai dengan elemen retro dan klasik, PlayStation ini menggunakan konsep Plug and Play. Sambung terus ke televisyen dengan soket HDMI dan pemain boleh memilih antara 20 permainan video yang telah tersedia di dalamnya.

Dengar-dengar ada permainan seperti R4: Ridge Racer, Type 4, Tekken 3, Final Fantasy 7 dan banyak lagi permainan yang boleh mengembalikan nostalgia awal-awal kewujudan PS One dulu.

Mengambil tarikh simboliknya penjualan PS1 dijual buat pertama kalinya di Jepun, iaitu 3 Disember 1994, PlayStation Classic bakal dijual pada 3 Disember 2018.

Harganya sekitar USD 99.00 (RM410 +-). Dengar cerita, saiznya hanyalah 45% daripada saiz PlayStation verisi awal dulu.