
Tahniah Emma Maembong Kini Hamil Selepas 4 Bulan Kahwin
PELAKON Emma Maembong berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya di Instagram, hari ini.
Emma dalam muat naik itu turut berkongsi foto bulan madunya bersama suami, Muhammad Shazli Azhar di sebuah pusat peranginan di Langkawi.
"Bulan madu pertama dan percutian berdua terakhir bersama suami. Tak sabar menanti untuk melihat anda, 'my baby'," tulis Emma di Instagram.
Dalam foto romantis itu juga, Emma dan Shazli yang berpakaian serba putih nampak memegang perut Emma yang sudah mula menampakkan saiz kehamilannya.
Muat naik itu menerima hampir 90,000 tanda suka dalam tempoh satu jam selepas dimuat naik serta ribuan komen ucapan tahniah daripada peminat dan pengikutnya di platform media sosial itu.
Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu dalam satu majlis tertutup.