Tak Berhati Perut! Lelaki Langgar Dan Gilis Teman Wanita Sampai Mati

GAYA HIDUP
August 05, 2022 - 03:58 PM


Seorang lelaki di China telah ditahan selepas menggilis teman wanitanya beberapa kali menggunakan kereta sehingga mati, lapor portal Mothership, semalam.

Menurut polis tempatan, mereka menerima laporan pada 2 Ogos pada 11:53 pagi (waktu tempatan) tentang seorang lelaki merempuh seorang wanita dengan keretanya di sekitar kolam renang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UtusanTV (@utusantv)

Pegawai telah dihantar ke tempat kejadian dan siasatan awal mendapati lelaki itu berbuat demikian selepas berselisih faham dengan wanita itu.

Wanita yang hanya dikenali dengan nama keluarga Wang, telah dihantar ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya.

Lelaki itu melarikan diri dari tempat kejadian tetapi ditahan pada hari yang sama kira-kira pukul 3 petang.

Menerusi rakaman video oleh saksi, kereta yang digunakan kelihatan seperti kenderaan utiliti sukan jenama Jeep.

Video tersebut yang tular di media sosial menunjukkan kereta itu melanggar mangsa beberapa kali hingga terbaring di atas jalan.

Kereta itu dilihat membuat pusingan untuk menggilis wanita itu apabila dia sudah terbaring di atas tanah. 

Polis memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi merungkai punca kejadian. – Agensi

Sumber: Kosmo & Utusan Malaysia

Destination: