Tak Pernah Cuba Lagi Sukiya? Ini Cara Untuk Enjoy Makan Di Situ Kali Pertama!
GAYA HIDUPSejak tahun lepas, restoran makanan Jepun, Sukiya menjadi semakin popular kerana menawarkan makanan dari negara matahari terbit tersebut sebagai shabu-shabu berjaya menarik lebih ramai orang baru untuk mencubanya.
Bila pergi je Sukiya ni, tak pernah kita tengok tak ada orang yang berbaris panjang di hadapan kedainya. Keunikan makanan Jepun ini betul-betul menjadi fenomena di negara kita kerana keunikannya yang tak dapat dari restoran lain.
Namun ada juga yang takut-takut untuk melangkah masuk kerana tak tahu bagaimana cara sebetulnya untuk menikmati makanan Jepun ini. Sini min ajar korang!
Secara ringkasnya, Sukiya ini datang dari Jepun yang terdiri daripada pilihan daging, tauhu dan sayur-sayuran yang dihiris nipis dalam campuran sup panas. Nama sukiyaki ini berasal daripada perkataan Jepun iaitu suki yang bermaksud 'sup' dan yaki pula bermaksud 'gril'.
Namun, jangan pula korang salah faham. Sukiya ini hanya terdapat sup panas sahaja atau selalu kita sebut sebagai 'steamboat'. Walaupun hanya satu jenis cara masakan saja, tetapi pilihan makanan dia buatkan orang tergila-gila dengan kedai ini.
Pilih Sup Sukiya Betul-Betul!
Untuk enjoy makan sukiya, korang jangan main pilih je sup tu tau! Sup memainkan peranan penting kerana kenikmatan makan akan menjadi lebih sedap kalau korang nak pilih sup yang sesuai dengan tekak sendiri.
Staf sukiya akan bertanya sewaktu melangkah masuk apakah pilihan sup yang korang nak. Ada beberapa pilihan sup iaitu shabu-shabu, sukiyaki, miso, kimuchi, mala miso dan tomato soup.
Untuk pertama kali, cuba tanyakan kepada staf pilihan sup paling popular yang selalu pelanggan lain order. Cara ini lebih selamat untuk memastikan pengalaman makan lebih sedap berbanding mencuba sup yang jarang dipesan.
Seeloknya, pilih dua sup yang berlawanan rasa supaya dapat menikmati dua rasa berbeza berbanding satu jenis sup sahaja. Yang selalu menjadi kebiasaan orang ialah sup sukiyaki yang dimasak dalam sup kicap manis dan sup mala miso. Rasa lemak pedas tu sesuai dipadankan dengan pilihan daging!
Boleh Ke Masukkan Semua Bahan Serentak?
Suki-ya ini sedap kerana campuran pelbagai bahan yang menghasilkan simfoni pelbagai perisa. Bahan-bahan yang korang boleh pilih adalah daging lembu, ayam, kambing, sayur-sayuran, mi dan bebola ikan mahupun daging.
Kepelbagaian bahan ini bukan-lah membuatkan periuk korang penuh menambah daya tarikan visual pada hidangan je semata-mata. Ia bertujuan untuk tingkatkan rasa setiap bahan bercampur untuk menghasilkan kombinasi rasa dan tekstur yang menarik.
Ini adalah asas dalam hidangan suki-ya tau. Jadi, korang pun boleh pergi ke salad bar untuk pilih sahaja sayur serta bahan lain yang menarik perhatian korang. Tetapi, walaupun bahan ini sedap dicampur korang tak patut masukkan kesemua bahan sekaligus tau.
Kebanyakannya ramai melakukan kesilapan ini tau. Turutan dalam hidangan ini ini sangat penting untuk memastikan pengalaman makanan korang sedap ataupun tidak. Kuah yang diberikan adalah asas yang berubah mengikut bahan yang direbus dalamnya.
Kalau korang campurkan kesemua bahan sekaligus, setiap bahan tersebut akan 'berebut' untuk mengeluarkan rasa tersendiri menyebabkan kuah akan mula hilang rasa ataupun menghasilkan rasa yang sangat kuat membuatkan bahan-bahan lain tidak dapat mengeluarkan rasa tersendiri.
Jadi, turutan paling mudah korang boleh ikut adalah mulakan dengan hirisan daging dahulu, kemudian baru sayur-sayuran. Cara ini akan buat sayuran itu menjadi lebih sedap kerana menyerap rasa manis daging. Seterusnya masukkan mi pilihan korang dan akhir sekali masukkan bebola ikan atau bahan lain pula.
Turutan ini akan memastikan kuah korang akan menjadi lebih rasa menghasilkan aroma yang lebih sedap berbanding masukkan kesemua bahan sekaligus tau!
Boleh Hasilkan Sos Sendiri!
Menariknya dekat sini, korang boleh hasilkan sos cicah sendiri dengan mencampur ramuan-ramuan yang tersedia di atas meja.
Ramai yang buat silap apabila mencuba untuk hasilkan sos cicah sendiri. Sos yang ditawarkan di Sukiya tak sama macam kita selalu makan seperti sos cili atau tomato. Sos yang ditawarkan dianggap sebagai ramuan untuk hasilkan kombinasi terbaik untuk dinikmati bersama daging korang.
Jangan risau kalau tak tahu nak campurkan ramuan sos tersebut. Ini recommendation min untuk korang. Campurkan miso tare, gomatare sauce, sichuan chili oil, bawang putih, daun ketumbar, daun bawang dan cili. Ini konfem korang akan bertambah sos berulang kali!
Sekarang dah tahu-kan macam mana cara untuk kita enjoy makan suki-ya untuk kali pertama. Harganya cukup berbaloi dengan variasi pilihan makanan yang patut dicuba. Balik kerja nanti boleh-lah pergi ke sini sebelum orang ramai mula memenuhi di depan kedai!
Sumber : JomExplore