Tiada Lagi Applikasi Tumblr Untuk Mereka Yang Guna iPhone

GAYA HIDUP
November 21, 2018 - 03:22 PM


Buat kaki-kaki Tumblr tu kami rasa ini bukanlah berita baik untuk anda kerana 2 hari lalu applikasi ini telahpun dibuang dari App Store setelah dilaporkan mengandungi Pornografi kanak-kanak.

Seperti ramai yang sedia maklum Tumblr merupakan applikasi online yang sering dikaitkan dengan video-video serta gambar-gambar yang kurang enak untuk ditonton. Walaupun bahan-bahan ini sudah ditapis namun, masih banyak lagi yang terlepas.

Boleh dikatakan Tumblr ini lebih kurang laman web lucah dah sekarang. 

Walaupun begitu tiada maklumat rasmi diberikan oleh pihak Apple ataupun Tumblr mengenai isu ini sehinggalah hari ini. 

Kerana video pornografi telah tersebar melalui applikasi ini walaupun setelah ditapis, Tumblr telah ditarik keluar dari App Store sejak 16 November.

Tapi jangan risau, mungkin anda boleh beralih kepada sistem android kerana Tumblr masih boleh dimuat turun menerusi Google Play Store.