Tiada Lagi Walk-In Untuk Perbaharui Pasport, Ini Cara Renew Guna Online Je!

GAYA HIDUP
May 19, 2022 - 02:21 PM


Bermula 11 Mei lepas, terdapat perubahan waktu operasi di pejabat passport beberapa buah negeri di mana akan dibuka sehingga jam 10.00 malam dan juga semua Pejabat passport UTC di Semenanjung Malaysia sehingga jam 5.00 petang.

Manakala untuk urusan perbaharui passport pula -- perlu dilakukan secara online dan hanya boleh walk-in untuk permohonan baru PMA, warga emas, OKU, kanak-kanak 12 tahun ke bawah, hilang dan rosak sahaja.

TIADA LAGI WALK-IN, INI CARA RENEW PASSPORT SECARA ONLINE

Berikut merupakan cara renew passport secara online perkongsian pengguna Twitter dikenali sebagai Anis Suraya. Ikuti langkah-langkahnya di bawah.

1. Buka portal ni > imigresen-online.imi.gov.my/eservices/

2. Click ‘SETUJU’  lepas dah baca T&C.

3. Isi semua maklumat. Nak senang korang ready siap siap passport lama tu senang nak refer.

4. Nanti ada list pejabat yang korang boleh pilih untuk pickup passport.

Bila korang boleh pickup passport tu? Tu nanti sistem akan tentukan based on hari & masa korang renew. If korang renew before pukul 3 petang hari bekerja, boleh dapat dalam hari yang sama.

5. Upload gambar ikut kriteria yang ditetapkan:

– Background wajib colour putih

– Pakaian colour gelap

– Untuk perempuan bertudung, wajib pakai tudung colour gelap

– Upload softcopy ya. Jangan guna gambar polaroid)

6. Buat payment guna credit card/direct debit (FPX)

– Permohonan Biasa (13 – 59 tahun): RM200

– Warga Emas (60 tahun ke atas): RM100

Make sure simpan resit! Untuk pickup, korang yang kena pegi pickup sendiri ya. Tak boleh wakil! Nanti kena tunjuk IC, passport lama & resit payment. Untuk pemohon bawah 18 tahun, kena pickup bersama penjaga & bawak sijil lahir.

Lagi senang kalau renew online kan! Tinggal datang pickup je. So, kalau nak renew, refer je thread ni & yang taknak renew lagi pun, save siap siap utk refer di kemudian hari.

Sumber: Twitter Anis Suraya

Destination: