Wow Macam Batmobile Komik DC! SUV Kalis Peluru Ini Adalah Yang Termahal Di Dunia

GAYA HIDUP
April 03, 2018 - 12:00 PM


Hanya mampu berangan sahaja bila tengok kereta paling mahal di dunia ni. Kereta SUV Karlmann Kings yang kelihatan kukuh dan gah ini dihasilkan syarikat IAT dari China dan merupakan SUV termahal pernah dijual di dunia!

Macam dalam filem jer kan bila tengok SUV ni. Bila dah jadi kereta paling mahal di dunia mesti korang pun nak tahu harga SUV ni kan. Harga SUV ni tak der lah mahal sangat. Mampu milik juga lah kalau nak beli tu.

Harga Karlmann King ini bermula daripada 1.56 juta British Pound (RM8.29 juta) untuk model asas dan nilainya lebih tinggi jika anda memilih untuk memasang pilihan aksesori tambahan termasuk kerangka kalis peluru. Bagaimanapun, menurut perekanya, pengeluarannya terhad kepada 10 unit sahaja.

Sekali tengok, reka bentuk luarannya persis sebuah Batmobile dari komik DC! Kalau luarannya pun sudah kelihatan gempak, dalamannya terlebih lagilah.

Ruangan dalaman Karlmann Kings ini sangat ekslusif dilengkapi sistem hiburan mewah, PlayStation 4, sistem pencahayaan, peti sejuk, skrin televisyen lebar.

Malah, ia turut dilengkapi dengan mesin pembancuh kopi di dalamnya dan kebanyakan ciri di ruangan dalam jentera ini dikawal melalui aplikasi telefon bimbit!

Semuanya di hujung jari. Kereta yang dinamakan sempena raja Perancis abad ke-6, Carloman I ini dibina daripada fiber karbon dan keluli.

Bagaimanapun, kelajuan jentera buatan syarikat China ini hanya mampu pergi sejauh 140km/j sahaja dipercayai kerana faktor badannya yang seberat 4.5 tan.

Pun begitu, bakal pembeli ditawarkan untuk menaik taraf casis mereka untuk menjadikannya kalis peluru, menjadikan beratnya kepada enam tan