Zumba – Asalnya Hanyalah Satu Kesilapan, Kini Menjadi Trend Dunia!

GAYA HIDUP
December 13, 2018 - 11:21 AM


Baru-baru ni, ada satu laporan yang mendedahkan Zumba tak boleh kuruskan badan dan ianya disahkan dari pengasasnya sendiri iaitu Beto Perez.

Mungkin ramai yang menyertai kegiatan Zumba untuk kuruskan badan, dan boleh dikatakan kebanyakan aktiviti melibatkan kesihatan akan selitkan aktiviti Zumba. Percaya atau tidak, sebenarnya asal usul Zumba hanyalah satu kesilapan?

Menurut salah seorang pengasas tarian atau gerakan Zumba ni iaitu Alberto ‘Beto’ Perez, satu kesilapan semasa beliau berumur 16 tahun telah mencetuskan idea untuk wujudkan Zumba, workout berasaskan tarian Latin Amerika ni.

Kalau nak diikutkan, Zumba ni adalah senaman aerobic yang mana dilancarkan pada tahun 2001. Dianggarkan, kini terdapat lebih 15 juta orang melakukan Zumba dan ia wujud di 180 buah negara.

Menurut Beto, dia jatuh cinta dekat tarian lepas menonton filem ‘Grease’ semasa berumur 7 tahun dan gemar memasukkan tarian Michael Jackson dan tambah sedikit groove untuk sesuaikan dengan muzik Amerika Latin di Colombia, tempat beliau membesar.

Nak dijadikan cerita, Perez dapat buat part-time dekat salah sebuah kelab dan  dia diminta untuk mengajar kelas aerobic melalui agensi. Satu hari, dalam salah satu kelasnya, dia teringat yang dia terlupa untuk bawakan muzik yang selalu dia mainkan untuk kelas aerobiknya. Nasib baik, dia ada perangai rakam lagu di radio ke dalam kaset.

Secara kebetulan, ada satu kaset dalam begnya dan kalau nak diikutkan, muzik tersebut memang tak sesuai langsung dengan kelas aerobik. Selepas bertenang, Perez masuk ke kelas dan acah-acah macam sebenarnya dia dah sediakan kelas ‘khas’ ini dah lama.

Nak cerita nervous, memang nervouslah. Perez waktu itu baru 16 tahun. Dia masukkan kaset ke dalam pemain kaset dan mula membuat improvasi. Pergerakannya disesuaikan dengan muzik.

Hasilnya, kesemua yang sertai kelasnya waktu itu tersenyum tetapi masih berpeluh. Walaupun sesi tersebut hanya 20 minit, Perez perasan yang dia sebenarnya sedang mengadakan kelas fitness mengikut muzik.

Mulai dari hari itu, wujudlah Zumba yang dikenali hingga kini dan berkemungkinan besar akan kekal relevan dalam dunia fitness dan kesihatan ni. Itulah sedikit sebanyak sejarah kehujudan Zumba. Asalnya hanyalah kesilapan tak bawak muzik betul. Hehe.. Menarik kan?

Cuba tengok video Zumba daripada Beto ni, rasa nak berjoget Zumba sekali...