Unik Dan Menarik! Satu – Satunya Hotel Di Asia Dengan Tanaman Padi Untuk Dituai

HOTEL
October 08, 2019 - 06:14 PM


Rantau Asia sering kali mejadi tumpuan pelancong disebabkan persekitaran alam semulajadi, selain ‘lari’ dari musim sejuk dan matawang yang rendah. Menariknya, hotel – hotel di Asia terutamanya di Asia Tenggara sudah mula menggunakan persekitaran mereka untuk menjadi daya penarik dan secara tak langsung menjadi sebuah hotel yang mesra alam sekitar.

Pullman Luang Prabang, Laos adalah salah sebuah hotel yang mempunyai tarikan yang unik selain memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat sekitarnya. Manakan tidak, ia merupakan satu – satunya hotel di Asia yang mempunyai sawah padi bersaiz penuh dan padi yang berada di sawah Pullman ini adalah untuk dituai.

Hasil tuaian padi ini nanti digunakan oleh restoran dan diagihkan kepada masyarakat sekitar. Satu usaha yang bagus dilakukan oleh jenama berkenaan. Atas usaha ini, Pullman Luang Prabang mendapat anugerah demi anugerah dalam usaha dan amalan yang mapan di Tapak Warisan Dunia UNESCO ini.

Selain daripada itu, boleh dikatakan di hotel ini, mereka menawarkan atau mengetengahkan eco-tourism yang mana mereka ni menggalakkan juga tetamu mereka untuk belajar cara pemprosesan beras daripada proses menanam, menuai, memberi makanan kepada ternakan dan juga pengalaman unik yang lain seperti mengutip telur, memetik buah dan juga memerah susu kerbau.

Dah nama pun hotel 5 bintang, kami cuba tengok harga untuk satu malam di Pullman Luang Prabang ni. Untuk bilik Deluxe yang boleh memuatkan 3 orang dewasa dan mempunyai pemandangan taman, harganya RM822 +/-

Ini biliknya :

Dan ini pulak villa mereka, paling mahal di hotel ini. Harga untuk satu malam adalah sekitar RM3338 tak termasuk cukai dan sebagainya.

 

Photo Credit : Pullman Luang Prabang

;