Ciel Tower, Dubai Bakal Jadi Hotel Tertinggi Di Dunia

April 13, 2020 - 02:02 PM


Pada tahun 2018, Gevora Hotel di Dubai setinggi 75 tingkat mencecah 356 meter dinobatkan sebagai hotel tertinggi di dunia oleh Guinness World Record.

Namun rekod tersebut bakal digantikan oleh sebuah hotel mewah dengan menara kaca yang diberi nama Ciel Tower yang memiliki ketinggian 360.4 meter iaitu setinggi 82 tingkat.

Hotel pencakar langit Ciel Tower itu menawarkan sebanyak 1,042 bilik dan suite untuk penginapan kepada tetamunya.

Direka oleh arkiter NORR yang juga pereka Atlantis dan Hotel Palm -- Ciel Tower turut dilengkapi dengan dek pelantar terbuka kaca yang menawarkan pemandangan 360 darjah Kota Dubai, selain menikmati view menakjubkan dari kolam renang di puncak menara tersebut dan restoran mereka.

Tetamu Ciel Tower juga berpeluang menikmati panorama indah dari garisan pantai dan landmark ikonik termasuk Palm Jumeirah (pulau buatan).

Rekaan hotel tersebut telah berjaya membolot 3 anugerah di International Property Awards pada Disember lalu, iaitu untuk kategori Rekaan Hotel Antarabangsa Terbaik, Rekaan Hotel Terbaik Arab dan Rekaan Tinggi Arab Terbaik.

Ciel Tower dijadualkan akan dibuka pada akhir 2022 atau awal 2023.

Ia bakal menambahkan lagi pilihan penginapan mewah kepada pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mendaftar masuk ke senarai hotel tertinggi di dunia --  termasuk Gevora, JW Marriot Marquis (355 meter), Rose Rayhaan (333 meter) dan Burj al Arab (321 meter).

Sumber: CNN Travel

Destination: