Indah Khabar Dari Rupa, Ini Ke Keadaan Sebenar Resort Yang Popular Itu?

August 06, 2020 - 02:58 PM


Sejak kita tidak lagi digalakkan untuk melancong ke luar negara, rata-rata rakyat Malaysia mula mengubah arah tuju untuk terus menyokong kempen cuti-cuti Malaysia dan hanya bercuti dalam negara sahaja. Memandangkan ini sahaja pilihan yang ada buat masa sekarang, kita bagaikan tiada pilihan lain selain terima sahaja tempat yang ditawarkan. Well not bad jugaklah sebab negara kita pun banyak tempat yang best untuk dilawati. 

Sayangnya, disebabkan permintaan yang terlalu tinggi oleh pengunjung, membuatkan kualiti dan perkhidmatan yang diberikan oleh resort atau hotel mula diabaikan. Servis yang sepatutnya 5 bintang tidak lagi mencapai KPI yang dijanjikan. 

Jika keadaan ini berterusan, macam mana rakyat ingin terus menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia. Bagi kami yang sebenarnya bukan untuk dinafikan Malaysia memang banyak tempat eksotik dan menarik namun, disebabkan rasa pernah tertipu dengan iklan yang diwar-warkan membuatkan sesetengah dari kami mula tawar hati untuk bercuti dalam negara.

Terbaru, sebuah resort yang cukup popular yang dikatakan Hidden Gems Malaysia mula tular dan terpalit kontroversi bahawa resort ni tidak memberi servis yang sepatutnya. Keadaan yang kotor dan tidak terurus tidak seperti yang digambarkan oleh beberapa influencer yang membuat review di tempat ini. Ini juga sedikit sebanyak silap influencer sekarang yang kadang-kadang tidak jujur dengan review yang diberikan.

 

Promosi yang diberikan oleh pihak resort juga tidak seindah seperti realiti. Alangkah kecewanya jika pengungjung tiba di resort dalam keadaan seperti itu. Boleh dikatakan agak jijik!

Paling teruk harga yang dibayar seakan tidak langsung berbaloi. 

Mungkin pihak resort juga ingin menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. 

Ini contoh bebereapa gambar yang mula tular dalam facebook ketika ini. 

Harapnya pihak yang bertanggungjawab tidak lagi biarkan keadaan ini berlaku kerana ianya boleh memberi kesan yang buruk kepada industri pelancongan Malaysia. 

Kalau betul keadaan ini seperti yang tular kami agak kecewalah sebab kami pernah senaraikan resort ini antara tempat wajib pergi. 

Cuba lihat gambar sebelum memangs uper cantik!