Jom Kita Tengok Airbnb Yang Menjadi ‘Wish-Listed’ Terbanyak Setakat Ini

February 27, 2020 - 12:02 PM


Bermula dengan menyewakan tilam angin mereka di sebuah apartment di San Francisco untuk USD80 satu malam, pengasas bersama Airbnb Brian Chesky dan Joe Gebbia kini mempunyai perusahaan yang mempunyai lebih daripada 7 juta senarai termasuklah istana di Perancis, Dome Buih di Mexico dan Igloo di Finland.

Dahulunya hanya ‘Air Bed and Breakfast’ kini, anggaran 2 juta orang menggunakan Airbnb setiap malam. Jika anda pernah atau pengguna Airbnb, pastinya anda tahu yang anda boleh tandakan sesebuah unit atau senarai sebagai ‘wishlist’ sebagai rujukan pada masa akan datang atau hanya untuk simpan cita – cita.

Biasanya, apa yang disimpan atau dijadikan wish list pastinya sebuah unit yang menepati citarasa atau cantik kepada pengguna. Jadi, jom kita tengok senarai Airbnb yang sering disimpan atau dijadikan wishlist di Airbnb sepanjang 5 tahun yang lalu.

2019 : Sebuah Beach House Moden di Santa Catarina, Brazil

Wish listed : 275,862 kali.

Rumah pantai empat bilik ini menduduki tangga teratas seluruh dunia dan ianya disebabkan lokasi serta kemasan kayu balak dan kaca yang digunakan untuk rumah ini. Dibina di tebing pantai, unit ini mempunyai pantai persendirian, pemandangan panorama laut serta perkhidmatan caretaker dan tukang kebun.

Harganya, kurang dari USD100 seorang.

 

2018 : Rumah Gua Berusia Ratusan Tahun di Santorini, Greece

Wish listed : 254,773

Hector Cave House merupakan satu – satunya rumah gua yang berjaya memasuki senarai terbaik dalam 10 tahun Airbnb. Asalnya sebuah tempat menyimpan wain, rumah berkeluasan 645 kaki persegi ini dibina menggunakan teknik ukiran gua sekitar 250 tahun dahulu.

Menariknya, listing ini hanya ’10 langkah’ dari Oia, lokasi melihat sunset tak rasmi di kepulauan Greek ini. Sesuai untuk 5 orang tetamu, ia mempunyai katil bersaiz king, sebuah loft dan kolam renang yang boleh digunakan dari April hingga November. Setakat ini; 100% tetamu memberikan rating 5 bintang!

 

2017 : Apartment Satu Bilik White Breeze, Phuket, Thailand

Wish listed : 204,110

Harga sewaan per malam bermula dari USD72, apartment satu bilik dan mempunyai kolam renang ini teletak di kawasan yang agak tenang di Thailand, berdekatan Pantai Rawai.

Senarai ini mempunyai syarat yang ketat berkenaan parti atau kegiatan ‘geli-geli’ dan untuk mereka yang suka berjaga malam. Selepas 10 malam, tidak dibenarkan membuat bising langsung disini dan menurut review, kekuatan mereka adalah pada perkhidmatan yang disediakan.

 

2016 : Everview Suite, Cape Town, Afrika Selatan

Wish listed : 28,305

Walaupun agak mahal, RM1698 untuk satu malam, suite ini menawarkan pemandagan dua perkara yang berbeza iaitu laut dan bukit dan terletak di Camps Bay. Dari apartment 3 bilik ini, tetamu dapat menikmati pemandangan lautan Atlantik, Table Mountain dan Lion’s Head.

Unit ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan (walaupun anda tidak mahu menggunakannya) seperti tab mandi bersaiz besar, kolam renang, pendiangan, dan lain – lain.

 

2015 : Balian Treehouse, Bali, Indonesia

Wish listed : 271,887

Rumah pokok dua tingkat ini pernah dipaparkan dalam majalah rasmi Airbnb iaitu Airbnbmag dan ianya merupakan rumah pokok ‘bajet’ yang ada di Bali. RM318 per malam.

Tetamu boleh memetik buah betik dan markisa dari kebun yang ada berdekatan selain berjalan kaki ke Pantai Balian.

Sumber : CNBC | Photo Courtesy : Airbnb