Masbro Village: Homestay Unik Warna-Warni & Pernah Dinobat Ke-3 Tercantik Di Asia!

HOTEL
August 06, 2020 - 03:50 PM


Jika anda ingin membawa keluarga bercuti ke Melaka atau nak buat 'weekend getaway' ke Bandar Bersejarah itu bersama kawan-kawan -- tetapi anda mencari sebuah penginapan yang agak luar biasa, mungkin anda boleh memilih untuk bermalam di MASBRO VILLAGE!

Anda pasti tidak akan menyesal menginap di Masbro Village yang terletak di Paya Rumput, Melaka kerana  homestay boutique itu menjanjikan suasana sebuah penginapan rare berbentuk rumah 3 segi yang berwarna-warni persis seperti di luar negara.

Lokasinya yang tidak jauh dari Plaza Tol Ayer Keroh dan hanya terletak sekitar 7 kilometer dari pusat bandar, membuatkan Masbro Village pilihan penginapan yang strategik untuk anda berjalan-jalan di Melaka.

Lebih istimewa dengan terbentangnya sebuah kolam renang besar di depan dereta bilik penginapan berwarna-warni itu menjadikan setiap sudut dan inci di Masbro Village sangat Instagrammable untuk bergambar cantik!

Sebenarnya, konsep penginapan di Masbro Village itu mengambil inspirasi daripada pemandangan yang terdapat di Brighton Beach, di Australia.

Oleh itu, tak hairanlah kalau anda lihat bentuk rumah seakan piramid dengan warna-warna terang dan ceria serta dihiasi landskap yang kemas membuatkan tetamu yang datang seolah-olah berasa seperti sedang berada di luar negara.

Masbro Village ini sesuai untuk penginapan keluarga kerana ia mampu memuatkan 6 orang dewasa dalam satu unit rumah.

Harganya juga sangat berpatutan iaitu untuk penginapan satu malam adalah RM280.

Jika anda ingin membawa lebih daripada 6 orang, Masbro Village akan mengenakan caj sebanyak RM30 bagi setiap individu tambahan tersebut.

Berikut antara kemudahan di dalam bilik yang disediakan khas buat tetamu mereka:

1) Ruang tamu dilengkapi sofa, sebuah televisyen dan meja makan

2) Ruang dapur dilengkapi microwave oven, peti sejuk, cerek dan pinggan mangkuk

3) 2 katil bersaiz queen di tingkat atas & sebuah sofa bed di tingkat bawah

4) Bilik berhawa dingin 

5) Dilengkapi 2 buah bilik air masing-masing di tingkat atas dan bawah serta mempunyai pemanas air.

Memang cantik dan kemudahan yang disediakan juga lengkap untuk menjadikan percutian anda sebagai sebuah kenangan manis dan takkan dilupakan.

Lebih menarik, Masbro Village ini sebenarnya merupakan kepunyaan keluarga pelakon kacak yang popular dengan nama Mas Khan.

Bukan sahaja unik, malah Masbro Village ini katanya turut pernah dinobatkan sebagai homestay ketiga tercantik di dalam Asia. Wow! Memang rugi la kalau anda tak datang bercuti ke sini.

Min sudah pernah menginap di sini dan memang awesome ya! Jadi korang bila lagi?! Hehehe....

MASBRO VILLAGE

Alamat: Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka.

No Tel: En. Mazlan: 013-3136 872 (CALL/WHATSAPP)

Facebook: MasBro Village 1

Website: Masbro Village Melaka

Instagram: @masbrovillage

Destination: