Perasan Tak, Hotel Sekarang Dah Banyak Yang Tidak Sediakan Minibar? Ini Sebabnya…

January 31, 2020 - 06:52 PM


Minibar – kepada yang tidak tahu, ia merupakan peti sejuk kecil di dalam bilik hotel yang dilengkapi dengan minuman dan snek. Mula diperkenalkan dalam industri perhotelan pada 1970-an dan ia merupakan sebuah ‘perniagaan’ yang sangat berjaya.

Mungkin ada yang suka kewujudan minibar ini di dalam bilik hotel, namun tak kurang juga golongan yang benci. Mula ditawarkan didalam bilik – bilik hotel, minibar ini kebiasaannya akan dipenuhkan dengan air tin bergas, air minuman, coklat, dan juga snek.

Ini secara tidak langsung memudahkan tetamu hotel yang mungkin perlukan minuman atau snek ditengah malam tanpa perlu turun atau keluar membeli. Masalahnya; harganya dua atau tiga kali ganda. Senang cerita, mahal!

Tidak dinafikan, ketika mula – mula diperkanalkan pada tahun 1974 di sebuah hotel di Hong Kong, minibar mendapat pujian ramai selain ia menjadi salah satu sebab dan faktor seseorang memilih untuk menempah bilik di sesebuah hotel.

Persoalannya, kenapa sejak kebelakangan ini, banyak hotel (walaupun yang berbintang-bintang) sudah tidak menyediakan perkhidmatan ini? Kalau ada pun, hanya peti ais kecil yang kosong.

TIDAK MENGUNTUNGKAN

Hotel Hilton di Hong Jong berjaya mendapat peningkatan jualan sehingga 500 peratus sejak memperkenalkan minibar didalam bilik hotel mereka. Secara logiknya, ia adalah sangat relevan. Tetamu tidak perlu bersusah payah untuk turun atau keluar hanya untuk mendapatkan satu tin minuman.

Selepas itu, minibar hanya boleh dijumpai pada hotel – hotel mewah dan ini bersesuaian dengan gaya hidup mewah di hotel Amerika dan sebelum ini, tetamu hotel sanggup membayar sehingga 8USD untuk satu tin soda yang dijual hanya pada 2 mungkin 1 USD di luar. Walaupun mahal, tetamu tetap akan membayar kerana ia berpatutan dengan kualiti dan snek yang disediakan.

Pada tahun 2017, sebuah laporan mendedahkan minibar hanya terdapat di sebahagian kecil hotel dan rata – rata hanya memperolehi keuntungan 0.4 peratus daripadanya.

Selain faktor keuntungan, salah satu sebab ianya tidak lagi digunakan adalah kos penyelengaraan yang tinggi serta menambahkan bebanan kerja. (Perlu menambah stok disetiap bilik, perlu menyimpan stok dan sebagainya).

Ketiga, faktor kecurian dan kecuaian. Ada tetamu hotel yang tidak bertanggungjawab akan minum dan makan tanpa membayar air atau snek yang dimakan selain mereka boleh mengatakan yang ia adalah kecuaian pekerja kerana tidak menambah stok. Hal ini menjadi masalah kepada pengusaha hotel kerana tidak dapat pastikan pihak mana yang bersalah.

Faktor lain yang menyebabkan banyak hotel tidak menawarkan lagi minibar adalah perubahan pada industri pelancongan dan perhotelan itu sendiri. Hotel – hotel sekarang lebih memfokuskan kepada perkhidmatan mereka selain kemudahan yang memudahkan kesemua tetamu mereka.

Sebagai gantian, kebanyakkan hotel sekarang menawarkan minuman percuma dan ada yang menawarkan makanan percuma di lobi selain menyediakan pelbagai perkhidmatan tambahan. Kesannya, peratusan jualan makanan dan minuman di kafe atau lounge kepunyaan hotel meningkat.

Apa pendapat anda sebagai tetamu hotel? Perlukan minibar atau sanggup keluar untuk membeli minuman diluar sebelum balik ke bilik? Nyatakan pendapat dan komen anda di ruangan komen nanti. =D

Nota Editor : Memang zaman kanak – kanak dulu, suka ke hotel sebab peti sejuk banyak minuman, coklat dan lain – lain. Tapi itulah, boleh tengok je. Masa tu mak cakap, jangan amik, orang lain punya! Hahaha…