Itinerary Percutian Backpacking 4H3M Ke Luang Prabang

October 31, 2019 - 04:36 PM


Menduduki tempat ke sepuluh dalam destinasi pelancongan dunia di Asia, Luang Prabang yang terletak di bahagian utara Laos ini ternyata mempunyai tarikannya yang tersendiri. Manakan tidak, walaupun tanpa ada pantai yang cantik dan sebagainya, ia mendapat taraf bandar warisan dunia oleh UNESCO.

Kami ada terjumpa sebuah post di Facebook, seorang pemuda dengan nama Fendy telah berkongsi itinerary berliau backpacking ke Luang Prabang dengan bajet yang tak terlalu kasar. Untuk 4 hari dan 3 malam di Luang Prabang ni, dia hanya habis sekitar RM300 sahaja!

p/s : Trip ini dilakukan pada 2017! Mungkin harga dah mahal sedikit. Tapi itenerari dia boleh kita gunakan!

Ini perkongsian beliau :

Bajet 70 USD (RM300) 4H3N. Bagaimana cara untuk dapatkan bajet ini. Boleh follow route seperti saya kongsikan;

 

1. Airport LUANG PRABANG

Boleh terus beli simcard di Airport dgn harga 5 USD (Seminggu, 3GB) atau 8 USD (4 Hari, Unlimited Internet). Kalau taknak, sewa ajelah poket wifi

2. Pertukaran matawang boleh dibuat sedikit dahulu di AIRPORT, 1 USD = 8100Kip dan selebihnya boleh tukar di bandar Luang Prabang, 1 USD = 8300Kip

3. Bagaimana nak ke Bandar LP? Boleh kongsi minivan dgn foreigner yg lain, 3 orang 50,000Kip (RM25). Service drop door to door ditawarkan.

 

4. Penginapan? Boleh download hostelworld dan book terus disitu. Anda hanya perlu bayar 10% sahaja untuk deposit dan selebihnya bayar ketika check out. Rate per night utk dominotary dorm RM25-30 per night. Antara tempat cadangan;

 

• LUANG PRABANG

Kounsavan Guest House

Ban Thong Chaleurn

Luang Prabang

Laos

p. +856-2096857399

email: [email protected]

 

• VANG VIENG

Vang Vieng Rock Backpackers Hostel

Main road in Vang Vieng center

Vang Vieng

Laos

p. +856-2096599799

f. +856-309888489

email: [email protected]

 

5. Tempat apa yang menarik?

WALKING DISTANCE

• Mount Phonsi, 10,000Kip (RM5)

• Royal Palace

• Museum Palace

• Night Market

• Morning Market

• Morning Alms (5:30-6:30pagi di Mount Phonsi) makanan diberikan percuma kepada Monk.

 

MINIVAN

• Kuang Si Waterfall, 20,000Kip (RM10)

Perjalanan ke sini, 1 jam dengan tambang 160,000Kip per minivan. Boleh kongsi dengan foreigner yang lain. 1 minivan boleh muat 10 org.

 

6. LUANG PRABANG - VANG VIENG

Tambang minivan 95,000Kip seorang. Perjalanan 4 jam 45 minit bergantung kepada keadaan jalan.

 

7. Apa aktiviti di VANG VIENG?

Untuk mudah dan berbaloi, boleh ambik package 1 day tour 100,000Kip (RM50) 9:00-5:00 petang. Antara tempat yang termasuk dalam package;

• Pick up service door to door 9:00am

• Tubing Cave

• Lunch

• Elephant Cave

• Kayaking 6KM

• Blue Lagoon and Jumping Point

• Drop up service to tour hostel 5:00pm

 

8. Halal Food

Luang Prabang; Chennai Restaurant opposite mekong river

Vang Vieng; Nazim Restaurant

 

9. VANG VIENG - LUANG PRABANG

Minivan 80,000Kip (RM40) one way.

Ini adalah sedikit sebanyak perkongsian intinery dan budget jika anda berada di Luang Prabang dan Vang Vieng.

p/s: Macam kami cakap tadi, perkongsian Fendy ni berdasarkan trip beliau pada 2017, sekarang harga mungkin berlainan sikit, kita ambil guideline itenerary sahajalah~