Jadikan Anjing Anak Angkat, Ramailah 'Ustaz Ustazah Siber' Kecam Harith Iskander

June 30, 2020 - 01:08 AM


Tindakan Harith Iskander memuat naik gambar memegang anjing mencetuskan debat di kalangan warganet berhubung hukumnya

Bukan setakat memegang, Harith turut memaklumkan dia dan isterinya mengambil anjing berkenaan sebagai 'anak angkat' selepas jatuh cinta dengan haiwan itu

Difahamkan, anjing jalanan kudung yang diberi nama Marvella itu sebelum ini diselamatkan wanita bernama Nurull Ain Abdul Hamid. Berikutan itu, Nurull Ain mengucapkan terima kasih atas kemuliaan hati dan kesudian Harith serta isteri menjadikan haiwan berkenaan sebagai anak angkat. "Walaupun anjing ini dipandang hina oleh sesetengah masyarakat, Alhamdulillah masih ada yang menyayangi. Sedangkan dalam Islam kita diajar berbuat baik kepada haiwan," tulis Nurull Ain.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di Instagram Harith, dia mendakwa Direct Message (DM) dipenuhi pesanan daripada 'ustaz dan ustzah siber' mengenai hukum memegang anjing.