
‘Golden Bridge’ Menjadi Tarikan Terbaru Buat Pelancong ke Vietnam
TRAVELVietnam merupakan salah satu destinasi popular buat pelancong dari Malaysia. Dengan tarikan terbaru yang dinamakan Golden Bridge ini pastinya membuatkan tempat ini menjadi hotspot bukan sahaja dari pelancong negara ini malah satu dunia.
Terletak 1,400m di atas paras laut di gunung Ba Na, Golden Bridge ini dihiasi indah bunga Lobelia Chrysanthemums yang menghiasi jambatan ini. Jambatan sepanjang 150 meter telah dibina di pinggir gunung di Da Nang, Vietnam dan ianya ‘dipegang’ oleh sepasang tangan emas yang besar.
Golden Bridge ini telahpun memakan belanja sehingga USD2 billion oleh kerajaan Vietnam untuk mempromosikan kawasan pergunungan Annamese. Ianya juga satu cara untuk menarik pelancong ke sebuah lagi kawasan pelancongan, Thien Thai Garden yang berada di berdekatan Golden Bridge ini.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video