10 Negara Pilihan Pelancong Muslim Moden

TRAVEL
November 24, 2017 - 05:04 PM


SATU laporan mengenai tabiat dan kecenderungan golongan Muslim moden masa kini menunjukkan rantau Asia menjadi destinasi pelancongan kegemaran mereka.

Berdasarkan laporan terbaharu Master Card-Halal Trip Muslim Millenial Travel Report, Malaysia merupakan pilihan utama mereka diikuti Indonesia dan Jepun.

Seterusnya, negara Thailand menduduki tempat keempat sebagai negara paling dilawati oleh golongan Muslim muda hari ini.

 

 

Kedudukan Thailand di tangga keempat memberi gambaran kepada pihak pelancongan negara itu supaya dapat membangunkan lagi tarikan untuk menarik pelancong Muslim.

Hal ini berikutan golongan Muslim hari ini lebih gemar berbelanja untuk aktiviti pelancongan berbanding suatu ketika dahulu.

Golongan Muslim juga dijangka akan membelanjakan sebanyak AS$100 bilion (RM411.6 bilion) untuk pelancongan menjelang tahun 2025.

 

 

Selain mencari lokasi percutian yang menawarkan pengalaman eksotik, laporan itu turut mendedahkan golongan Muslim membuat pilihan percutian berdasarkan kriteria 3A iaitu authentic (asli), affordable (mampu milik) dan accesible (mudah).

Selain itu, aspek makanan halal turut menjadi salah satu minat spesifik mereka.

 

 

Berikut merupakan senarai 10 destinasi percutian teratas untuk golongan muslim muda berdasarkan laporan itu:

1. Malaysia

2. Indonesia

3. Jepun

4. Thailand

5. Australia

6. Singapura

7. Emirah Arab Bersatu (UAE)

8. United Kingdom

9. Amerika Syarikat

10. India

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video