10 Tempat Berpuaka di Dunia Yang Tak Ramai Pelancong Tahu

TRAVEL
October 11, 2017 - 11:04 AM


Lain orang lain citarasa. Mungkin ramai di antara kita lebih suka melancong di tempat-tempat tumpuan orang ramai. Destinasi yang sering menjadi pilihan haruslah destinasi popular.

 

Namun mungkin ada antara kita yang sukakan tempat-tempat yang "rare" atau tempat-tempat pelik yang tak ramai orang suka pergi. Salah satu contoh adalah tempat-tempat berhantu.

 

Kalau aku memang tak lah nak pergi tempat-tempat macam ni. Upah pun kena fikir 10 kali nak bermalam di tempat-tempat menakutkan ini. 

 

Berikut adalah 10 tempat yang berhantu di dunia yang tak ramai pelancong tahu. Agak menakutkan. Kalau lemah semangat better jangan pergi.

 

1.  The Island of the Dolls (Mexico City, Mexico)

 

 

Menurut kisah lagenda, ada seroang budak perempuan sesat di dalam pulau ini, kemudian ayah budak perempuan itu terjumpa sebuah patung berhampiran dengan tempat yang di percayai anaknya hilang. Ayahnya mengjangkakan roh anaknya terperangkap di dalam anak patung berkenaan dan mengambil keputusan untuk menggangtungkan anak patut tadi di sebuah pokok berhampiran. Sejak dari peristiwa itu lalaki berkenaan menggantung anak patung yang di jumpai di pulau tersebut. Bahkan beliau dan keluarganya turut tinggal di pulau terbabit.

 

Tip: Boleh bermalam di rumah The Father's Cabin. Tapi itupun kalau korang berani. 

 

2. The Capuchin Catacombs (Palermo, Italy)

 

Catacombe dei Cappuccini

 

Terletak jauh di dalam terowong wujudnya lebih kurang 8000 mayat yang berasal dari kurun ke 18 dan 19. Menurut penulis dari Perancis "Mayat disini sangat menyeramkan" Mulut seakan boleh bercakap dan muka boleh berubah ubah. 

 

Tip Melawat: Masuk percuma, jangan sesat di dalam terowong. Penah terjadi seorang pemuda yang mabuk telah sesat dan bangkit pada waktu malam. Lelaki tersebut di jumpai dengan keadaan yang teruk dan terpaksa di masukkan ke dalam hospital gila.

 

3. The Haw Par Villa Theme Park (Singapore)

 

 

Taman tema ini terletak bersebelah dengan Disneyland Singapore (USS). Teman tema ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak tentang nilai murni. Sebagai contoh, untuk membendung kanak-kanak dari menipu di dalam peperiksaan.

 

Tip: Masuk adalah percuma, tak semua menakutkan ada juga yang sangat comel just be prepare dengan mitos mitos yang bakal mengejutkan anda.

 

4. Nagoro: Village of the "Living" Dolls (Japan)

 

Nagoro: Village of the Dolls

Nagoro: Village of the Dolls

 

Salah satu perkampungan di Jepun yang di penuhi dengan anak patung. Semua anak patung mewakili penduduk kampung dahulu kala. Kampung ini mengandungi kira-kira 350 anak patung. Anak patung yang mewakili cikgu dan anak murid di letakkan di dalamkelas manakan nelayan di letakkan di tepi sungai. 

 

Tip: Jika korang dan bosan dengan orang kampung korang yg suka busy body boleh lah cuba tinggal di sini. Jangan risau org kampung kat sini tak kan ambil tahu pasal korang.

 

5. The Hanging Coffins (Sagada, Philippines)

 

 

Mayat-mayat akan di gantung di dinding sebagai penghargaan. Tapi tak semua berpeluang untuk di gantung macam ni selepas mati. Ada syarat yabg perlu di penuhi untuk mendapat penghargaan macam ni. Salah satunya mesti berkahwin dan mempunyai cucu. Mereka percaya lebih tinggi mayat mereka di gantung lebih tinggi kedudukanya dalam syurga kelak. 

 

Tip: Kalau nak pergi kat sini boleh tapi jangan terlalu cerewet sangat. Sebab kat sini paling power hotel pun hanya 2 star. Air panas pun tak ada. Kalau tak salah tempat ni lebih kurang sama dengan satu tempat di Indonesia. Kalau tak silap Toraja kot. 

 

6. "Christ of the Abyss" (San Fruttuoso, Italy)

 

 

Pada tahun 1954, diver dari Itali Duilio Marcante menyelam bersama 2 rakannya. Namun disebabkan ada kes 2 orang kawannya meninggal dunia di sana. Untuk menperingati kawannya Duilio Marcante telah mencipta patung ini dan diletakkan di tempat dimana 2 rakannya meninggal dunia. Patung ini setinggi 8 kaki dan terletak di dasar laut. Artwork ini melambangkan emosi diver tadi.

 

Tip: Dapat menyelam kat sini pun dah mencabar sangat dah. Dapat pulak selfie sekali. memang power. Dive sedalam 55 kaki untuk ke sini.

 

7. The Smoking Ghost Town of Centralia (USA)

 

Abandoned PA-61, 1

 

7. The Smoking Ghost Town of Centralia (USA)

 

Dibina diatas sebuah lombong arabg batu, bandar ini gah sehingga 1962 apabila sebuah kebakaran berlaku pada waktu itu. Pada awalnya, penduduk tempatan tidak risau pasal perkara ini. Namun, selepas 10 tahun, ada antara penduduk mula terjatuh kedalam rekahan yang tiba-tiba muncul di kaki lima bandar tersebut. Pihak berkuasa akhirnya mengosongkan bandar ini. Kini, pupulasi bandar ini hanya ada 7 orang. 

 

Trip ke sini menjanjikan pemandangan yang tidak dapat dilupakan -  bangunan yang musnah, kaki lima runtuh, Route 61 yang penuh graffiti. Dan jangan lupa, sebab utama kenapa kawasan ini dikosongkan. Asap akan keluar dari permukaan jalan yang merekah… Tak risau ke? 

 

8. Abandoned Military Hospital in Beelitz-Heilstätten (Germany)

 

 

Sejarah hospital ini memang tak ubah macam scene dalam cerita seram. Mana tidaknya, sejak ditubuhkan ia digunakan untuk merawat pesakit TB dan hospital tentera dan Adolf Hitler adalah salah seorang pesakit dekat sini. Kini, ia digunakan sebagai pusat rehabilitasi neurologi, manakala sebahagian besar kompleks ini memang terbiar. 

 

Tourist info: 

Beelitz- Heilstatten ni memang tempat favourite bagi pencari hantu, penggembara dan juga penggemar cerita seram. Hanya 25 batu dari Berlin, kisah seram anda akan bermula disini… Ada berani?

 

9. The Church of All Saints (Sedlec, Czech Republic)

 

 

Di kurun ke 14, seorang paderi telah ke ‘Tanah Suci’ dan bawa pulang sebahagian tanah dari Golgotha. Dia kemudian telah teraburkan tanah tersebut disekitar kawasan gereja tersebut. Orang ramai kemudian ingin ditanam di kawasan gereja Sedlec atas sebab tanah suci yang ditabur itu. Disebabkan permintaan terlalu ramai, mayat lama perlu dikeluarkan semula untuk memberi ruang kepada ‘penghuni baru’. Seorang pengukir kayu, Frantisek Rint kemudian mencadangkan yang tulang-tulang ini digunakan sebagai hiasan di gereja tersebut! 

 

Tourist info: 

 

Semasa didalam gereja, pastikan anda perhatikan tulang yang digantung seperti chandelier. Tak lupa juga tangan-tangan dan juga tengkorak yang dipatuk oleh burung gagak. Ia, itu tengkorak betul! 

 

10. The Veijo Rönkkönen Sculpture Park (Finland)

 

 

 

Veijo Rönkkönen, a popular Finnish artist, was a shy person, and most of his works remained secluded in his own backyard. These strange sculptures are believed to be self-portraits, and he fitted many of his creations with real human teeth.

Veijo Rönkkönen, ni adalah seorang seniman. Merupakan seorang yang pemalu dan kebanyakkan karya beliau tersimpan di belakang rumahnya sendiri. Ukiran yang pelik ini dipercayai ialah self-potraits dimana kebanyakkan daripadanya menggunakan gigi manusia sebenar!

Tourist info: Surround yourself with grotesque beings with long arms, huge heads, evil smiles, and dark, sunken eyes. For fans of nerve-tickling experiences, this is exactly what the doctor ordered!

Kelilingi diri anda dengan makhluk yang menakutkan dengan lengan panjang, kepala besar, senyuman jahat, dan gela serta mata yang tenggelam. 

Bagi peminat benda benda seram, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda!