10 Tip Untuk Penerbangan Jarak Jauh Yang Selesa

TRAVEL
September 18, 2017 - 12:22 PM


Penerbangan yang lama sangat memenatkan dan menjadikan tidak selesa jika kapal terbang penuh. Oleh sebab itu bagi sesetengan orang lebih suka memilih penerbangan jenis transit. Sebab boleh jalan-jalan di sekitar airport. Ada juga yang lebih gemar direct flight. Jadi masa penerbangan lebih cepat 

 

Entahlah terpulang kepada diri masing-masing. Bagi mereka yang tidak sukakan penerbangan jenis "Long Haul" ni boleh cuba tip ini bagi keselesaan sepanjang penerbangan anda.

 

1. Pilihan tempat duduk ( Tingkap vs aisle)

Jika kita seorang yang kerap ketandas dan suka bergerak , pilih lah tempat duduk aisle. Tempat duduk aisle adalah lebih selesa kerana kita bebas untuk bergerak dan boleh mengurangkan risiko deep vein thrombosis (DVT)

 

2. Seatguru

Pilihan tempat duduk juga amat penting. Seatguru.com adalah satu webpage yang boleh digunakan untuk mengetahui tempat duduk yang mana yang bagus atau tidak. Ini kerana, sesetengah tempat duduk mempunya review yang teruk kerana terletak berdekatan dengan tandas dan galley, kerusi yang tidak boleh dicondongkan dan lain lain lagi.

 

 

3. Pilih premium seat

Jika kita mampu untuk mengeluarkan sedikit wang, bolehlah memilih premium seat. Premium seat adalah lebih luas dan mempunyai konfigurasi tempat duduk yang kurang bsrbanding kelas ekonomi

 

4. Tukar ke tempat duduk yang kosong

Semasa anda melakukan proses check in, ringan- ringan kan lah mulut anda untuk request tempat duduk yang kosong disebelah anda atau sebaris. Mulakan dwngan bertanya soalan seperti ” Penerbangan hari ini penuh ke? Kalau tidak penuh boleh saya mahu tukar tempat duduk yang lain, bla bla bla ” Jika anda tidak sempat atau terlupa , anda boleh menukar tempat tempat duduk selepas isyarat pemasangan tali pinggang kaleder telah dipadamkan.

 

5. Bawa bersama barang- barang yang boleh membantu anda tidur dengan selesa

Antarnya adalah seperti bantal kecil, cover mata , ear plug. Anda amatlah bertuah jika pihak syarikat penerbangan ada menyediakan kelengkapan tersebut.

 

6. Elakkan lebihan tidur sebelum penerbangan

Untuk memastikan anda tidur semasa penerbangan, cuba elakkan tidur sebelum perjalanan.

 

 

7. Pilihlah red eye flight

Penerbangan pada malam hari adalah lebih sesuai kerana kebanyakkan penumpang tidur dan kita sudah terbiasa dengan wake sleep cycle kita. Ini menjadikan penerbangan lebih selesa.

 

8. Lebihkan minum air putih atau mineral dan kurangkan alcohol atau minuman berkafein

Keadaan dalam kabin adalah agak kering. Untuk mengurangkan dehydrasi, digalakkan untuk lebihkan pengambilan air putih dan mengelakkan pengambilan alcohol dan juga minuman berkafein

 

9. Pakaian hendaklah selesa

Seboleh- bolehnya, pakai lah pakaian yang longgar, tidak berat dan selesa. Ini adalh bertujuan untuk menambakan keselesaan kita dan juga penumpang lain.

 

10. Bawa entertaiment sendiri

Pastikan anda membawa ipad/ ipod dan sebagainya. Ini kerana sesetengah kapal terbang tidak mempunyai IFE . Ini akan menambahkan ketidakselesaan anda.