3 Destinasi Terbaik Untuk Pengalaman ‘Road-Trip’ Yang Tak Dapat Dilupakan

TRAVEL
March 11, 2019 - 04:09 PM


Kadang-kala, duduk dalam kereta sambil driving tengok pemandangan yang cantik-cantik pun best jugak sebenarnya. Kalau di Malaysia, mungkin kita jarang nak buat ‘road-trip’ ni. Satu sebab pemandangan sama aje. Kedua – tak sanggup sebab jalan dengan pemandangan menarik adalah ‘jalan dalam’ dan biasanya sesak.

Kalau nak cuba di Malaysia, boleh cuba driving sekitar persisisan pantai PD ke Melaka. Dari Kuala Selangor ke Sekincan misalnya. Boleh tengok pemandangan sawah padi yang menghijau.

Tapi, kalau nak cuba ‘road-trip’ di luar negara yang kebanyakannya korang boleh tengok pemandangan berubah dari padang pasir ke pantai dan sebagainya korang boleh cuba lakukan road trip di destinasi-destinasi berikut :

#1. Greece

Greece memang terkenal dengan bangunan dan binaan bersejarah. Boleh mulakan di Athens dimana korang boleh melawat banyak tempat-tempat bersejarah contohnya Acropolis, Parthenon dan banyak lagi binaan.

Lepas itu, korang boleh cuba pandu ke bandar kecil Gerolimenas atau Monemvasia.

 

#2. Namibia

Kita di Malaysia ni, jarang ke negara-negara Afrika Selatan. Satunya sebab kos terlalu mahal. Tapi, katalah korang satu hari sampai ke sana, jangan lupa buat road trip ye.

Drive ke bahagian selatan Namibia, pergi ke Taman Negara Namib Naukluft.

Setelah itu, korang sambung lah perjalanan ke Swakopmund. Bandar persisiran pantai yang banyak menjanjikan makanan laut yang sedap-sedap.

Kalau nak rasa atau tengok hidupan liar terutamanya singa dan harimau, boleh ke Okonjima. Di sini adanya AfriCat Foundation yang mana singa dan harimau yang diselamatkan ditempatkan disini.

 

#3. Iceland

Tak lengkap lawatan ke Iceland kalau tak singgah di Reykjavik. Selain popular sebagai lokasi penggambaran ‘Game Of Throne’ Reykjavik menjanjikan pelbagai pemandangan yang sangat mempersonakan.

Cuma memandu di kawasan Snaefellsnes ke Hvalfjörður. Di tengah perjalanan nanti boleh menyaksikan air terjun paling tinggi di Iceland iaitu Glymur.

Di Snaefllesnes ni sebenarnya lokasi yang terbaik untuk korang tengok ikan paus di Iceland.

BACA : Tips Untuk Ke Negara Sejuk Buat Anda Yang Pertama Kali Hendak Ke-Sana