5 Faktor Hebat Mengapa Mengembara Bersama Sahabat Adalah Lebih Awesome

July 27, 2018 - 12:06 PM


Bagi meraikan Hari Persahabatan Sedunia pada 30 Julai, Agoda, salah satu platform tempahan perjalanan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang, berkongsi lima sebab mengapa anda patut menghimpunkan kawan-kawan dan menempah kembara percutian seterusnya bersama-sama:

Kawan anda tahu sudut terbaik (dan terburuk) anda

Sekiranya anda memburu gambar Instagram terhebat, siapa yang lebih baik untuk merakam aksi terbaik anda selain rakan anda? The London Edition menyediakan latar belakang penggambaran yang hebat, dengan adunan reka bentuk moden dan seni bina klasik Eropah. Terletak di pinggir kejiranan Soho di kota London yang kaya dengan kesenian, hotel mewah ini  berada dalam lingkungan berjalan kaki dari galeri-galeri dan restoran trendy. Di sana, anda akan menemui banyak inspirasi untuk mengambil gambar percutian anda.

The London Edition

Hartanah lain yang sesuai untuk dimasukkan dalam Instagram anda termasuk Bambu Indah Hotel yang bertema Bali, iaitu oasis hijau yang mengandungi pemandangan sawah padi Bali dan Sungai Ayung, serta The Rucksack Caratel, hotel butik bertema Melaka yang menjadi rahsia kawasan perlindungan kehijauan di tengah-tengah kota.

Kawan anda dapat membantu selera pengembaraan anda

Daripada keanehan sehingga menakjubkan, mencuba makanan baharu bersama kawan-kawan adalah sebahagian besar daripada pengembaraan perjalanan. Mereka yang berani menguji deria rasa harus tahu bahawa bulan April sehingga bulan Ogos adalah kemuncak musim durian di Malaysia. Durian terbaik boleh didapati pada bulan ini. Salah satu makanan paling menimbulkan kontroversi di dunia, rasa durian sama ada akan mencetuskan keseronokan atau kejelekan – ingin mengetahui sisi mana anda akan berada? Sudah semestinya kediaman Agoda Vortex KLCC yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan berhampiran dengan semua kedai, restoran dan gerai menjual durian!

Penggemar makanan juga harus melancong ke Osaka untuk mencuba pelbagai pilihan makanan di Dotonbori Street termasuk fugu, ikan buntal yang enak dan terkenal kerana racun berbisa yang ada pada organnya. Jangan bimbang, chef-chef di Jepun dikehendaki menjalani latihan selama beberapa tahun sebelum dibenarkan menghidangkan juadah ini! Hanya beberapa meter sahaja terdapat Dormy Inn, sebuah butik hotel minimalis dengan onsen (kolam mandi air panas).

Juadah Filpina, balut, iaitu telur embrio itik, tentunya bukan untuk seseorang yang penakut! Untuk mendapatkan balut yang terbaik di negara itu adalah di Pateros, satu kawasan kejiranan di Metro Manila. Tidak jauh dari situ ialah Seda Bonifacio Global City, berhampiran dengan pusat beli-belah popular Bonifacio High Street dan Serendra, Market.

Kawan dapat membantu anda kekal bermotivasi apabila anda ingin bersukan  

Sebagai pesaing atau lawan, kawan-kawan akan sentiasa membantu anda untuk lebih bersungguh-sungguh. Kunjungi ibu kota luncur air Filipina di Siargao, yang terkenal di dunia dengan ombak Cloud 9 dan lihat siapa yang boleh melakukan `hang ten’ paling lama. Kediaman bergaya Soultribe Beach Retreat menawarkan cabana tepian pantai yang membolehkan anda menikmati ombak laut terus dari katil!

Sungai May Taeng di Chiang Mai adalah lokasi yang mesti dikunjungi di Thailand untuk aktiviti rakit air jeram. Keringkan diri di 9.5 Hotel, yang cukup dekat dengan kesemua tempat aksi sungai tersebut.

Denai pergunungan Luang Prabang adalah lokasi terbaik untuk diteroka menggunakan basikal, dan anda boleh memilih kayuhan lebih mudah di sepanjang Sungai Mekong. My Dream Boutique Resort adalah lokasi begitu indah di Sungai Mekong untuk anda nikmati.

Apa? Anda jimat duit apabila mengembara bersama kawan-kawan?

Ya betul, dari perkongsian kos perbelanjaan bilik sehingga sewaan teksi, mengembara dengan kawan-kawan bermakna anda dapat mengekalkan bajet anda tanpa mengenepikan sebarang kemewahan. Apatah lagi, apabila anda berada dalam kumpulan yang besar, tidak wujud alasan untuk berbelanja lebih untuk menikmati hotel persendirian. Kediaman Agoda Aquila Nova Retreat

Kawan boleh mendorong anda mencapai tahap baharu

Ada yang mengatakan rakan sejati akan rela melakukan apa sahaja untuk anda, malah untuk melompat keluar dari pesawat – jadi jika anda sedemikian, pergilah ke Dubai yang menawarkan terjunan udara sepanjang tahun. Hotel mewah Steigenberger Hotel Business Bay di pusat kota Dubai menawarkan persekitaran damai yang pasti membantu menenangkan rasa kegusaran sebelum terjun.

Bagi anda yang gemarkan pengembaraan tetapi cuak kepada ketinggian, anda tidak semestinya terlepas daripada keseronokan itu. Anda boleh mencuba Singapore iFly, untuk menikmati keterujaan jatuh menjunam sebenar, tetapi bukan dari langit. Tidak jauh dari situ ialah Le Meridien, hotel moden 5 bintang yang dekat dengan semua tarikan utama Singapura.

Jika tidak mahu ke tempat tinggi seumpamanya, anda masih boleh menikmati zon selesa. Cubalah melompat dari tebing Ba Ho pula. Hanya 45 minit ke utara Nha Trang, anda akan menemui beberapa kolam air terjun yang memiliki pelbagai ketinggian. Mereka yang benar-benar berani boleh memilih untuk terjun dari ketinggian 12 meter. Jika bermalam di Nha Trang, anda boleh menikmati pemandangan laut di Nha Trang Beach Apartments