5 Perkara Yang Kita Perlu Tahu Sebelum Membuat Tempahan Hotel..

October 13, 2017 - 10:10 AM


Boleh dikatakan semua orang mampu untuk menempah penginapan di hotel, lebih-lebih lagi dengan kewujudan pelbagai laman web untuk menempah bilik hotel.

Namun begitu, tak semua mampu merancang perjalanan atau percutian yang berpatutan, menarik dan menepati ciri-ciri yang kita mahukan.

Ini ada 5 perkara yang boleh anda pastikan sebelum menempah bilik hotel selepas ini.

 

#1. Periksa Jarak Menggunakan Google Map

Sememangnya ada sesetengah hotel akan ‘tipu’ berkenaan dengan jarak juga kemudahan yang berdekatan. Jika anda mahukan hotel tersebut berdekatan dengan pantai,gooogle dulu jarak pantai dengan hotel yang kita nak tempah tu.

 Atau, rajinkan diri sikit baca review dan pastikan review tersebut baru lah, jangan percaya review yang dah bertahun lamanya… Mungkin dah tak macam tu…

 

#2. Jangan Terpedaya Dengan Pakej

Kalau anda pertama kali menjejakkan kaki ke satu hotel, mesti anda akan diberikan beberapa pakej yang kelihatan menarik dengan harga tertentu sekali dengan harga bilik anda.

Cuba perhatikan atau fahamkan apa tawaran yang dibuat, sebab kadang-kadang, anda tak nak pun buat perkara yang ditawarkan tu… atau, harga sebenarnya lebih murah kalau anda rajin cari…

 

#3. Semak Resit Akhir Bayaran Hotel Anda 

Di sesetengah hotel, mini bar atau peti sejuk dia akan disediakan pelbagai minuman dan snek. Kadang-kadang, disebabkan salah pengiraan stok oleh staff juga boleh menyebabkan anda akan dicas sebab mereka ingat anda makan atau minum benda yang disediakan dalam peti tu.

Jadi, semasa anda bayar bil akhir nanti, cuba perhatikan ada cas mini bar tak, jika betul anda tidak usik apa-apa, bagitahu sahaja front desk staff. Mereka boleh betulkan… Tapi, pastikan anda memang tak amik lah..

 

#4. Pilih Bilik ‘Corner’

Sebelum anda check-in, cuba tanyakan kepada staff ada bilik yang terletak dihujung atau yang agak tersorok. Jika ada, mintak bilik tersebut. Kenapa?

Sebabnya selalu bilik di hujung sekali atau corner room ni lebih luas dan agak sunyi sikit. Dengan harga yang sama, kita boleh dapatkan ketenangan sikit. Takdelah tengah malam nak tidur, dengar budak berlari-lari atau orang lalu lalang depan bilik.

 

5. Nyatakan Acara Khas

Sekiranya anda travel semasa anniversary, birthday atau apa-apa event special yang anda nak raikan, nyatakan dalam tempahan anda.

Tapi ini kalau kita tempah seminggu atau lebih awal daripada itu lah. Sebabnya, mereka ini kadangkala sediakan sesuatu yang istimewa untuk meraikan anda.

 

Anda pernah try mana-mana ke? Atau nak try? Bagitahu lah kami kalau anda berjaya nanti =)