9 Tips Ambil Gambar Gempak Dan Cantik Di Instagram Persis Instafamous!!!
TRAVELTelefon dah mahal dah tapi gambar tetap buruk, bila upload tak ramai yang sudi like. Then pergi bercuti jauh-jauh tapi gambar tetap tak cantik. Rugi je kan?
Korang tahu tak sebenarnya ada teknik-teknik yang korang kena follow kalau nak gambar yang korang ambil tu stunning dan gempak. Baru lah gambar cantik. Lepas tu follower bertambah boleh jadi instafamous, lepas tu boleh review produk macam-macam, lepas tu post jadi viral, akhirnya di jemput ke dalam show Motif Viral.
Gituhh!!
Ok ini kami kongsikan 9 tips ambil gambar persis instafamous hasil perkongsian dengan instafamous sendiri. bukan famous sebab cendol atau famous dekat tumblr tapi famous sebab gambar cantik. Macam gambar instagram admin. Eh! cantik ker?
Dylan Furst atau IG miliknya Fursty yang mencecah 1.2 juta pengikut memberikan 9 tip mahal ini kepada anda yang mahu tahu teknik rahsia gambar cantik.
1. Pandangan Pertama Sangat Penting!
Sebelum bermula, bayangkan gambar yang korang inginkan dalam bentuk instagram iaitu "square shoot" Walaupun ig sudah membenarkan ‘full shot’, gambar ‘square’ lebih dekat di hati netizen.
2. Horizontal atau Vertical?
Tak salah cuba kedua-duanya untuk mendapatkan ‘mood’ paling cantik.
3. No Filter, please
Ya, ia jadi kegilaan untuk meletakkan pelbagai ‘filter’ namun ia sebenarnya membuatkan ia jauh dari maksud gambar asal. Fursty sendiri tidak pernah menggunakan ‘filter’ sebaliknya mencipta karektor sendiri.
4. Keluar dari zon selesa
Pelbagaikan teknik seperti ‘blur’, ‘siluet’ atau pose berbeza. Beranikan diri mencuba sesuatu yang kreatif bagi mencipta gambar yang ‘hidup’
5. Cari fokus anda
Tiada masalah gambar waktu malam atau siang, cuma cari satu titik fokus supaya mereka yang melihat gambar anda akan terpesona.
6. Biar cahaya menembusi
Sebaiknya gunakan cahaya semulajadi untuk mendapat gambar sempurna seperti ketika matahari terbenam, matahari muncul sekalipun hujan.
7. Lagi banyak anda snap, lagi cantik!
Tidak semestinya gambar pertama yang anda ambil akan sempurna. Jadi, cuba sahaja hingga ia memuaskan hati anda.
8. Lihat jarak depan dan belakang anda
Untuk gambar pemandangan seeloknya, biarlah ia lebih jelas dan besar berbanding orang di dalamnya. Ia membenarkan netizen turut sama merasai seperti berada di lokasi sebenar
9. Konsisten!
Jika gambar anda cantik serta teknik tersendiri, jadi jangan biarkan ia begitu sahaja. Perlu konsisten supaya ‘follower’ anda akan tahu itu adalah ‘style’ anda. Jadi, boleh dapatkan gambar menarik seperti yang dicadangkan Fursty?
Untuk rujukan korang boleh skodeng 25 instatravel yang mantap di Malaysia. Boleh baca dini post sini:
25 Travel Instagram Dari Malaysia Yang Berbaloi Untuk Di Follow. Gambar Superb!!