Agoda Senaraikan Malaysia Ketiga Terbanyak Terima Tempahan Penginapan

TRAVEL
May 02, 2019 - 11:11 AM


Agoda, platform perkhidmatan penginapan dalam talian paling pesat berkembang di dunia, mengumumkan Malaysia adalah negara ketiga terbanyak di rantau Asia yang menerima tempahan bagi tahun 2018.

Manakala Kuala Lumpur merupakan bandar raya ketiga di Asia yang paling ramai dikunjungi pelancong.

Dalam satu kenyataan daripada Agoda, pelancong tertarik dengan keindahan khazanah semula jadi yang dimiliki Malaysia, kepelbagaian citarasa makanan dan etnik serta keramahan dan layanan mesra penduduk tempatan.

Malah, mercu tanda Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas, bangunan-bangunan bersejarah serta penempatan ikonik seperti Kampung Baru menjadi penarik utama untuk pelancong luar dan dalam negara berkunjung ke kota raya ini.

Secara keseluruhan, Jepun masih menduduki tempat teratas dalam senarai tempahan bilik, diikuti Thailand di tempat kedua.

Namun bagi kategori destinasi, Bangkok menjadi pilihan paling ramai pelancong jika bercuti ke Asia diikuti Tokyo dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan data tempahan Agoda juga menunjukkan kedudukan bandar yang sering dilawati pelancong jika ke Malaysia ialah :

1. Kuala Lumpur

2. Pulau Pinang

3. Melaka

4. Johor Bahru

5. Kota Kinabalu

6. Ipoh

7. Cameron Highlands

8. Kuching

9. Kuantan

10. Langkawi

 

Sumber: Berita Harian