
Air Asia Kenakan Harga Terlampau Tinggi Kepada Penumpang
TRAVELWalaupun sering memenangi anugerah penerbangan berkos rendah yang terbaik di dunia. Air Asia hari ini akan disiasat oleh oleh pihak kerajaan atas dakwaan mengenakan tambang yang terlalu tinggi kepada penumpang.
Menurut laporan daripada NST, pihak kerajaan sedang meneliti aduan terhadap AirAsia yang mengenakan harga tambang yang mahal, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Ab Aziz Kaprawi.
Dewan Rakyat diberitahu tentang perjumpaan yang dibuat berkenaan hal ini antara Timbalan Menteri itu dan Mavcom.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjawab persoalan serta aduan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan iaitu Datuk Bung Moktar tentang tiket berharga RM2000 untuk perjalanan sehala daripada Sandakan ke Kuala Lumpur.
Menurut Bung Mokhtar, beliau ternampak beberapa penumpang terpaksa membeli tiket penerbangan yang baru setelah tiba lewat untuk menaiki pesawat.
"Penduduk kampung mengadu bahawa mereka tidak mempunyai wang, jadi saya membantu sedikit. Nasib baik, saya ada (wang dengan saya pada masa itu). Jika anda mengatakan bahawa anda adalah penerbangan tambang murah, maka anda perlu mengenakan tambang murah” kata Bung Moktar.
Sumber : NST
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video