Antara Tempat - Tempat di Jerman Yang Pasti Digemari Oleh Traveler

TRAVEL
October 01, 2018 - 03:35 PM


Bercuti di Eropah memang seronok, banyak tempat-tempat menarik yang ada di sana, dari mereka yang minat sejarah hinggalah scenery alam semulajadi yang memukau pasti membuatkan para pelancong rasa berbaloi untuk menjadikan Eropah sebagai destinasi percutian.

Di sebalik tempat-tempat gah seperti London, Amsterdam dan Paris, orang ramai sudah mula mencari tempat yang lebih kurang didengari namun mempunyai nilai serta daya tarikan tersendiri. Salah satu negara yang pastinya menyimpan pelbagai sejarah terutama di waktu perang dunia kedua, Jerman adalah negara yang begitu menarik sekali untuk dikunjungi. 

Dengan berkembangnya dunia media sosial, rata-rata mula mencari tempat yang rare untuk bergambar. Kali ini kami ingin kongsikan antara tempat menarik yang menjadi pilihan buat mereka yang aktif di Instagram.

Boleh dikatakan tempat yang disenaraikan ini menjadi favourite buat Instagrammer.

Jom kita lihat antara tempat yang ada di dalam senarai kami.

1. Berlin

Berlin merupakan salah satu kota besar di Jerman. Ibu negara Jerman ini adalah bandar paling besar dan kedua paling ramai penghuni di Eropah selepas London. Pada 13 Jun 1990 Tembok Berlin yang memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur dirobohkan dan penyatuan antara Jerman Barat dan Timur berlaku. 

Antara tempat yang kami cadangkan untuk anda lawati jika ke Berlin adalah East Side Gallery. East Side Gallery merupakan salah satu gallery awam. Di sini terdapat pelbagai lukisan mural sepanjang 1316 m. Untuk mereka yang suka bergambar berlatar belakangkan seni, inilah tempat yang sesuai untuk anda lawati. 

Lokasi: Central Berlin Mühlenstraße in Friedrichshain-Kreuzberg

Boleh servey di Wego Berlin kalau nak cari hotel murah

Selain itu, anda juga boleh ke Brendenburg Gate. Ianya sebuah monumen neoklasik pada abad ke-18 di Berlin, dibina atas perintah raja Prusia Frederick William II selepas pemulihan perintah yang berjaya semasa Revolusi Batavia awal. 

2. Hamburg

Hamburg  yang terletak di bahagian utara Jerman begitu popular sebagai port untuk kapal-kapal memasuki negara itu. Ia juga menghubungkan North Sea melalui Elbe River. Disekeliling Port Hamburg terdapat banyak canals dan kafe buat mereka yang berkunjung di sini. Dengan suasana eropah di zaman dahulu sudah pasti kawasan ini akan menjadi tempat favourite buat instagrammer. Selain itu, anda juga boleh ke Miniatur Wunderland.

Miniatur Wunderland adalah sebuah tarikan model railway di Hamburg. Bagi mereka yang sukakan building seperti ini, silalah datang ke Miniatur Wunderland.

Lokasi: Kehrwieder 2-4/Block D, 20457 Hamburg, Germany

3. Cologne

Cologne adalah sebuah bandar lama yang wujud di Jerman, dengan berusia 2000 tahun Cologne terletak di bahagian Rhine River Timur Jerman. Bandar ini juga terkenal dengan gothic architecture satu ketika dahulu. Di tengah-tengah bandar lama yang telah dibina semula ini terdapat Cologne Cathedral

Katedral Cologne berkembar juga terkenal dengan pemandangan sungai abad pertengahan yang menawan dan mempesonakan. Muzium Ludwig yang terletak bersebelahan mempamerkan seni abad ke-20, termasuk banyak karya-karya Picasso, dan Muzium Romano-Germanik menempatkan barang-barang antik Rom.

Jika datang ke Cologne pastikan anda singgah sebentar di Cologne Cathedral. 

4. Munich

Munich merupakan ibu kota Bavaria, kaya dengan pelbagai bangunan lama dan muzium. Bandar ini terkenal dengan perayaan Oktoberfest termasuk Hofbräuhaus yang terkenal, diasaskan pada tahun 1589. Di Altstadt (Old Town), dataran pusat Marienplatz mengandungi tanda-tanda seperti Neo-Gothic Neues Rathaus (dewan bandar), dengan glockenspiel popular menunjukkan suasana dari abad ke-16. 

Jika anda seorang kaki jalan, Munich sememangnya antara bandar wajib dilawati jika ke Jerman 

Marienplatz

Marienplatz adalah dataran pusat di pusat bandar Munich, Jerman. Ia telah menjadi dataran utama di bandar sejak tahun 1158. Jadi memang tak sahlah kalau datang ke Munich tak bergambar di sini. 

4. Frankfurt

Frankfurt, merupakan sebuah bandar di Jerman tengah, juga dikenali sebagai hab kewangan utama di Eropah. Ia adalah tempat kelahiran penulis terkenal, Johann Wolfgang von Goethe, rumahnya telah dijadikan sebuah Muzium yang dikenali sebagai Rumah Goethe. Seperti banyak bandar, ianya telah musnah semasa Perang Dunia II dan kemudian dibina semula. Altstadt (Old Town) yang dibina semula adalah tapak Römerberg, sebuah kawasan yang selalu dikunjungi terutama pada hari Krismas. 

Antara tempat menarik anda boleh singgah jika ke Frankfurt adalah Römer, Palmengarten, Goethe House, Frankfurt Cathedral dan St. Paul's Church, Frankfurt am Main.

Boleh cari di Wego Frankfurt kalau nak cari hotel murah!

5. Postdam

Potsdam adalah sebuah bandar di sempadan Berlin, Jerman. Istana Sanssouci pernah menjadi rumah musim panas Frederick the Great, bekas Raja Prusia. Dengan reka bentuk yang kompleks, Istana Orangery Renaissance terletak secara berhadapan dengan taman ala-ala Itali. Jika bergambar di sini sekali pandang seakan akan berada di Itali. Dengan dekorasi air pancut membuatkan tempat ini begitu popular dalam kalangan pelancong dan juga penduduk tempatan. Roman Baths dibina pada abad ke-19 dengan dekorasi yang begitu unik sekali.

Selain itu, reka bentuk hotel atau guesthouse juga amat menarik. Kalau anda nak merasa berada di abad ke-19 silalah datang ke Potsdam. Rata-rata seni bina bangunan di sini masih lagi dikekalkan.

6. Kiel

Kiel adalah sebuah bandar pelabuhan di pantai Laut Baltik Jerman. Di pekan lama, Gereja St Nikolai abad pertengahan, yang dibina semula menjadi tuan rumah konsert klasik. Holstenstrasse dan Dänische Strasse adalah jalan-jalan dengan kedai-kedai. Sepanjang Kiel Fjord, Muzium Maritim memaparkan kapal model dan instrumen nautika yang dahulunya dikenali sebagai tempat lelong ikan.

Kiel juga dikenali sebagai Bandar Olimpik, ianya juga digunakan sebaga hab bagi acara pelayaran antarabangsa, termasuk Kiel Week yang terkenal dan diadakan setiap bulan Jun sejak tahun 1882. Pada asalnya Kiel merupakan penempatan asal orang Viking, Disini juga popular kerana ianya menawarkan dengan pelbagai pilihan tempat makan, membeli-belah dan hiburan. 

7. Dresden

Dresden, ibu negara Jerman timur Sachsen, cukup popular dengan muzium-muzium seni dan boleh dikatakan Dresden sebuah bandar klasik yang telah dibina semula pada tahun 1743 selepas ianya musnah akibat Perang Dunia II. 

Di tepi sungai Elbe yang indah, bandar Dresden di Jerman adalah sangat subur dan hijau, dipenuhi dengan hutan dan taman-taman pastinya membuatkan jiwa lebih tenang dengan pemandangan kehijauan ini. Bandar ini kaya dengan sejarah budaya dan seni. 

Antara tempat yang patut anda lawati di Dresden adalah: Zwinger, Dresden Frauenkirche, Semperoper,  Dresden Castle dan Augustus Bridge.

8. Bremen

Bremen adalah sebuah bandar yang menyeberangi Sungai Weser di barat laut Jerman. Ia terkenal dengan peranannya dalam perdagangan maritim, yang diwakili oleh bangunan Hanseatic di Market Square. Di sini juga terdapat kapal model besar, patung Roland yang merupakan sebuah batu gergasi yang melambangkan kebebasan perdagangan.

Central Schnoor Quarter pula dipenuhi dengan bangunan zaman pertengahan, kedai kraftangan dan restoran. Böttcherstraße yang terkenal adalah jalan sempit dengan dekorasi yang begitu unik sekali. Manakala bangunan di sini diperbuat dari batu bata. Itulah uniknya Jerman, Susah dizaman sekarang nak lihat bangunan yang masih lagi utuh dibina dengan batu bata.

Paling best di Rhododendron Park korang akan merasa seperti berada di Jepun kerana taman-taman di sini berlatar belakangkan budaya Jepun.

9. Heidelberg

Heidelberg merupakan antara tempat favourite penulis. Dikelilingi dengan tasik yang besar dan indah pasti membuatkan gambar anda begitu indah sekali. Salah satu tempat yang boleh kami recommendkan adalah Menara Gereja Heiliggeistkirche terletak di atas bukit. Kena naik tangga jugalah untuk ke tempat ini! Di sana ada sebuah kafe yang begitu popular. Best juga sambil menikmati pemandangan Sungai Neckar di temani dengan secawan kopi. 

Berlatar belakangkan keindahan Sungai Neckar di Heidelberg. 

10. Bamberg

Bamberg terletak di selatan Jerman di utara Bavaria. Sebuah contoh bandar Eropah tengah dengan rancangan awal abad pertengahan dan banyak bangunan sekular yang masih wujud sejak zaman pertengahan. Sebahagian besar bandar telah menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1993 ia dipilih kerana seni binanya yang authentic, selain menubuhkan sebuah pusat dokumentasi pada tahun 2005 untuk menyokong aktiviti Warisan Dunia.

Antara tempat yang menarik disini adalah : Klein-Venedig ("Little Venice"), sebuah koloni rumah nelayan dari abad ke-19 di sepanjang tebing sungai Regnitz Abbey Michaelsberg, yang dibina pada abad ke-12 di salah satu "Seven Hills" di Bamberg

*******

Mungkin bercuti di Jerman nampak agak mahal, namun masih ramai tidak tahu jika di rancang dengan betul ianya tidaklah semahal yang disangka. Contohnya tiket penerbangan. Seeloknya untuk menjimatkan bajet semasa travel tidak salahnya kalau buat perbandingan terutama tiket penerbangan terlebih dahulu. 

Di wego.com anda boleh mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Dengan lebih 700 perbandingan harga di laman-laman web ianya dapat membantu anda mendapatkan harga tiket penerbangan dan hotel dengan lebih ideal. 

Selain tiket penerbangan, di wego.com anda juga boleh dapatkan hotel dengan harga yang lebih berpatutan. Tidak perlu lagi bayar lebih untuk hotel yang sama. Dengan Wego.com semuanya mudah. Anda pasti tidak percaya dengan harga yang di tawarkan, kadang-kadang harga di wego.com seakan tidak masuk akal. Inilah rahsia kaki traveler boleh travel setiap bulan 

Jom travel ke Jerman....