
Apple Lancarkan Peta Indoor Sediakan Navigasi Dalam Lapangan Terbang
TRAVELBerlari-lari di airport disebabkan mengejar boarding time adalah sesuatu perkara yang sering kita lihat di airport. Ini adalah lebih sukar sekiranya kita takt ahu langsung pasal airport berkenaan dan nak burukkan keadaan, semua papan tanda dalam bahasa asing yang kita tak faham.
Untuk para traveller yang sering alami perkara macam ini, jangan risau lagi. Apple Maps ada solusinya. Peta indoor oleh Apple Maps ini mampu memudahkan anda untuk cari gate atau terminal yang betul untuk anda tuju.
Untuk setakat ini, aplikasi Apple Maps ini telah memasukan lebih daripada 30 airport di US dan juga di seluruh dunia.
Perincian aplikasi ini membolehkan pengguna untuk ‘melihat’ boarding gate, tempat pemeriksaan sekuriti, dan pelbagai lokasi-lokasi penting di airport.
Tidak hanya itu, aplikasi ini mampu menunjukkan tandas terdekat. Ini adalah amat membantu jika kita lepas menaiki satu penerbangan jarak jauh.
Walaupun apilikasi seumpama ni dah lama di tawarkan oleh Google melalui Google Maps, tetapi masih ramai yang tak tahu akan kewujudan dan tahu macam mana nak guna indoor map ini.
Jadi, sekiranya nak travel lepas ni, gunalah maps ini supaya tak sesat dalam airport.
Sumber : Travel + Leisure
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video