Bermalam Di Kediaman Hagrid, Peminat Harry Potter Mesti Cuba Bermalam Disini!

TRAVEL
May 07, 2019 - 11:06 AM


Berita baik buat peminat Harry Potter atau lebih dikenali sebgai Potterhead, ada destinasi terbaru yang anda patut masukkan dalam senarai ‘wajib lawat’ anda.

Sekiranya korang memang minat Harry Potter terutama rumah ‘Gryffindor’ pasti kenal dengan pemegang kunci dan penjaga Hogwards iaitu Hagrid. Kalau korang memang mengikuti siri Harry Potter, memang sedia maklum yang Hagrid ni tinggal di sebuah rumah yang sederhana dalam kawasan sekolah berkenaan.

Kalau korang pernah mempunyai angan-angan untuk melawat, atau mungkin bermalam di rumah Hagrid, korang boleh berbuat demikian sekarang!

Sebabnya, ada sebuah rumah percutian telah diinspirasikan oleh kediaman Hagrid dan ianya terletak di North Yokshire, England.

Dengan harga £195 (RM1044) untuk satu malam, rumah ini mampu memuatkan sehingga empat orang dewasa dan dua kanak-kanak. Jadi kalau untuk percutian sekeluarga, sangat berpatutan. Kalau tak pun, carilah beberapa orang Potterhead lagi untuk sertai ‘pengembaraan’ korang.

Dinamakan sebagai ‘Ground Keeper’s Cottage’yang merujuk kepada rumah Hagrid, dari segi luaran ianya nampak sama tapi dalamannya sangat mewah, bertentangan dengan apa yang kita lihat dalam rumah Hagrid dalam filem.

Walaubagaimanapun, beberapa ciri magis dan kegilaan Hagrid telah dimasukkan sebagai perhiasan dalaman rumah percutian tersebut. Ini termasuklah, pen bulu dan dakwat, lampu minyak tanah, bakul lama dan beg kulit yang memang sinonim dengan watak Hagrid.

Dari segi kemudahan lain, ia sama seperti rumah penginapan lain. Didatangkan dengan oven, cerek, toaster dan peti sejuk. Sudu dan garfu pun ada disediakan untuk kegunaan tetamu.

Jom! 

Photo Credit : ground-keepers-cottage