Datang ke Krabi Mohon Berhati-Hati Dengan 4 Perkara Ini

TRAVEL
September 26, 2017 - 12:03 PM


Ramai di luar sana yang menganggap setiap Pakej ke Krabi adalah sama tetapi hakikatnya amat berbeza..Jangan balik menyesal itu admin taknak dengar yer..Buat pilihan dgn bijak



Ini antara Tips yang admin boleh kongsikan sebagai panduan untuk anda memilih bakal pengendali Pakej Percutian nanti

 

1. TRANSPORT

 

Pastikan TRANSPORT yang selesa kerana perjalanan memakan masa hampir 6 jam.Kami syorkan pilih van komuter Super VVIP thai 10seat sahaja.Jika silap pilih pakej yang menggunakan van 12 atau 14 seat,beg akan ada yang kena riba dalam van disebabkan keluasan van 12 atau 14 seat sama sahaja dengan van 10 seat.cuma bilangan seat ditambah.. Jenuh kak oiii..

 

2. HOTEL/PENGINAPAN

 

Kami syorkan pilih pakej yang menawarkan hotel 3star,harga sebenarnya tidak jauh beza pun dari harga pakej yang paling bajet. Yang penting ada angsa atas katil..ala ala romantika gitu.

 

 

3. ISLAND TOUR 

 

Ini antara aktiviti kemuncak jika anda ke Krabi.AWAS kat sini banyak orang tersilap percaturan.Dalam kepala fikir akan pergi 4 pulau macam dalam iklan yang diwar-warkan tetapi hanya dua pulau sahaja yang dibawa disebabkan cas TAMAN NEGARA yang tidak dijelaskan oleh pengunjung ..Terkena panggilan hangit..kesian beb..

 

Mai nak habaq sikit..kebiasaanya 4 island tour ni akan pergi Phranang Cave Island,Chicken Island,Tup Island & Poda Island..Tapi dua pulau Tup & Poda Island ada fees National Park(Taman Negara) 400bath(rm50) dari kerajaan Thai.Jika pengendali pakej hidden benda ni, alamat dua pulau jer la korang akan pergi..tanya betui² pengendali pakej anda.Nak paling best & selesa, cari pakej yang menggunakan speed boat.Lebih selesa,cepat & keselamatan lebih terjamin..

 

 

4. RESTORAN/ TEMPAT MAKAN

 

Orang malaysia ni kalo bab makan usah kata ler..tak sedap jenuh kena maki..haha..Kalo pakej kami bab makan ni memag berbeza. Kami cuba beri kelainan siap pergi floating restoran lagi...Harga 300bath(rm38)seorang je uools..Menu memang terbaik..

 

Ini antara 4 Perkara yang wajib anda tahu & pastikan sebelum memilih pakej syarikat mana yg korang nak ambil..kalo tidak nanti balik sure korang rasa tak puas hati disebabkan lawatan yang tidak sempurna. Servey betul² & buat pilihan dengan bijak yaa..

 

Krabi Trip (Shot by using Xiaomi Yi Cam) from Muhamad Shafiq on Vimeo.