
Hanya Untuk Menikmati Pemandangan Alam, Stesen Nishikigawa Ini Dibina Tanpa Pintu Masuk & Keluar
TRAVELKepada sesiapa yang melancong ke Jepun, salah satu aktiviti wajib yang mesti anda lakukan pastinya menaiki antara 10 kereta api paling laju di dunia iaitu Shinkansen atau lebih dikenali sebagai 'bullet train' Jepun.
Tetapi, tahukah anda di Jepun juga sebenarnya mempunyai sebuah landasan kereta api yang dibina khas untuk para penumpang menikmati pemandangan alam semulajadi?
Ya, ada dan kereta api tersebut terletak di laluan selatan negara matahari terbit itu iaitu laluan Nishikigawa Seiryusen atau dikenali sebagai Seiryu-Miharashi yang membawa maksud 'clear stream viewing platform station'.
Uniknya, stesen kereta api ini tiada sebarang pintu masuk dan keluar atau aktiviti pembelian tiket, kerana ia dibina khas semata-mata demi memberi peluang kepada penumpang dan juga pelancong untuk melihat sendiri keindahan laluan sungai serta panorama semulajadi yang memukau di pinggir bandar Iwakuni, Yamaguchi.
Landasan yang dilalui kereta api persiaran ini adalah sepanjang 32.7 kilometer antara Stesen Iwakuni dan Stesen Nishikicho.
Jika anda menaikinya, ia akan mengambil tempoh selama sejam dari stesen pertama hingga yang terakhir.
Sepanjang menelusuri perjalanan dengan Nishikigawa Seiryusen, jika tiba di lokasi tertentu yang mempunyai keindahan luar biasa, kelajuan kereta api berkenaan akan diperlahankan bagi memberi peluang kepada pelancong merakamkan gambar kenang-kenangan.
Bagaimanapun, untuk menaiki kereta api ini anda perlu menyemak jadual perjalanannya dahulu serta membuat tempahan awal.
Semua maklumat tersebut boleh anda rujuk di nishikigawa.com.
Sementara itu, selepas anda turun di stesen terakhir iaitu Stesen Nishikicho, anda boleh menaiki satu lagi kereta api yang dinamakan Tokotoko Train untuk bersiar-siar sepanjang 6 kilometer ke kolam air panas, Souzukyo Onsen.
Dalam perjalanan tersebut, anda bakal melalui sebuah terowong yang dihiasi dengan seni taburan batu-batu neon yang dicipta oleh penduduk setempat iaitu Terowong ‘Kirara Yume Tonneru’.
Sebaik memasuki terowong itu, anda akan terpesona dengan pengalaman seolah-olah berada di planet yang berbeza.
Di dalam terowong, pemandu kereta api juga akan memberhentikan pemanduan mereka selama beberapa minit bagi membolehkan pelancong turun dan melihat-lihat di kawasan sekitarnya.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video