Hati-Hati Ketika Travel, Jauhi 8 ‘Perangkap’ Yang Merugikan Ini!

TRAVEL
February 27, 2018 - 03:55 PM


Semasa travel, tak kiralah secara solo atau berkumpulan kebiasannya kita akan sedaya upaya untuk berjimat. Jika korang baru nak berjinak-jinak dalam travelling percayalah, sebaik mana korang sangka terhadap tempat yang korang nak pergi tu, mesti akan ada yang cuba mengambil kesempatan.

Selalunya, kalau sebut pasal travel, kita mesti dah excited kan, sampai kadang-kadang terlepas pandang beberapa perkara penting.

Ini kami ada senaraikan 8 trick atau perangkap yang selalu buatkan anda kerugian semasa travelling. Tapi kebanyakan perangkap ni adalah dari kesalahan kita sendiri jugak sebenarnya… antaranya…

 

#1. Tak Baca Review Online

Come on! Bermacam-macam apps ada dekat luar sana. Apa kata amik masa sekejap dan baca review terbaru yang orang lain tinggalkan sebelum korang nak tempah sesuatu macam contoh tour ke, Airbnb dan sebagainya.

Kalau rajin, baca lebih daripada satu review, atau bandingkan dengan laman web yang lain macam contoh kita ada Tripadvisor, ada Expedia dan lain-lain.

Kalau tak nanti menyesal. Bayar mahal, tapi takde apa yang menarik.

 

#2. Tak Baca Dokumen Sewa Kereta Dengan Betul

Ini kesilapan biasa yang berlaku dekat traveller. Baik sewa kereta atau motorsikal. Tolong baca apa yang terkandung dalam dokumen yang disediakan sebelum korang sign. Sebabnya, ada syarikat yang akan masukkan cas tersembunyi macam insurans.

Memang pada awalnya sewa kenderaan tu murah, tapi selepas ditambah segala kos yang tersembunyi ni, boleh lari bajet jugalah.

 

#3. Tak Research Perjalanan Pergi Dan Dari Airport

Memang korang excited bila nak travel. Tapi, benda yang satu ni selalu orang terlepas pandang. Kebiasaannya, bila korang tak familiar dengan transportation yang ada untuk ke airport atau dari airport ke tempat yang nak dituju, memang syarikat teksi atau pengankutan kat sana akan ‘ketuk’.

Lagi-lagi bila dia tahu kita ni pelancong. Ada yang menasihatkan kalau nak elakkan perkara macam ni berlaku, book siap-siap pengangkutan kita. Sebabnya, kita dah settle pembayaran. So, dia tak akan dapat amik apa-apa pembayaran ekstra.

 

#4. Tak Makan Sebelum Ke Airport

Untuk yang ini, rasanya semua dah tahu. Makanan atau apa sahaja yang ada dekat airport tu semestinya mahal daripada dekat luar. Jadi, silalah makan sebelum tiba di airport.

Kalau nak beli juga, singgahlah stesyen minyak beli roti untuk alas perut. Sebabnya nanti dalam penerbangan, akan ada makanan jugak (kalau korang amik pakej makanan lah).

 

#5. Tak Beli Kad Sim

Untuk yang ini, ada banyak pendapat. Menurut travel blogger dekat Malaysia, ikut negara jugak. Kadang-kadang, ada negara yang sim kad memang murah. Kalau yang mahal, biasanya diorang akan sewa pocket wifi. Lebih jimat katanya.

Selain tu, pandai-pandailah guna wifi. Jangan bukak roaming. Sebab roaming ni selalunya mahal, WiFi percuma kan banyak dekat café dan hotel. Guna je kemudahan percuma tu.

 

#6. Tak Teliti Charge Tersembunyi Hotel

Sama macam penerbangan, lambakan pelancong akan membuatkan hotel berlumba-lumba untuk adakan promosi. Kita pulak, pantang nampak promosi, main book je sampai lupa baca apa syarat-syarat termasuklah charge-charge yang tersembunyi.

Nasihat pakar, sebelum membuat bayaran, pastikan korang check dengan teliti setiap item yang anda bayar. Ada bayaran yang tersembunyi tak, macam contoh parking, penggunaan wifi dan sebagainya.

 

#7. Tak Teliti Charge Yang Dikenakan ATM Di Luar Negara

Ramai yang mungkin terlepas pandang, dan ingat cas yang dikenakan adalah sama seperti di Malaysia (kalau ke luar negara lah). Sila fahamkan dan check rate yang dikenakan untuk pengeluaran antarabangsa atau penggunaan kad debit atau kredit.

Untuk kemudahan, tukar siap-siap ke matawang asing atau bawak duit Malaysia ekstra untuk kegunaan kecemasan. Tukar bila perlu sahaja.

 

#8. Makan Berdekatan Tarikan Pelancongan

Sekiranya korang betul-betul lapar, belilah roti sebagai alas perut dan inilah gunanya apabila korang plan betul-betul tempat uyang nak dituju.

Kebiasaannya, restoran atau tempat makan berdekatan tarikan pelancong ni agak mahal sedikit. Cuba tanya orang tempatan, kat mana nak makan best dan murah. Tapi tengok dulu, takut orang tu pun sebenarnya scammer.