Hiasi Feed Instagram Korang Dengan 6 Lokasi 'Insta-Worthy' Ni, Kat KL Je!

JALAN-JALAN
January 31, 2020 - 02:16 PM


Bagi Tahun Baru 2020 ini, mesti feed Instagram korang tak banyak lagi gambar cun atau mungkin ada juga yang masih belum upload gambar apa-apa lagi, kan?

Sebab sekarang pun tengah musim penularan wabak Koronavirus, apa kata korang tak payah pergi jauh-jauh untuk bergambar cantik, cukup hanya pusing keliling Kuala Lumpur je! Hujung minggu ni pun korang le pergi!

Nah, min senaraikan 6 lokasi 'Photo-Worthy' yang akan buat Instagram korang lebih cun-melecun hasil perkongsian oleh @MyMOTAC sendiri.

1) Muzium & Galeri Seni Bank Negara Malaysia @ Kuala Lumpur

Hipster betul kalau bergambar di sini! Dengan rekaan yang futuristic ini memang confirm akan buatkan Instagram feed anda lain daripada yang lain.

Alamat : Sasana Kijang, 2 Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

2) Lake Gardens @ Taman Tasik Perdana

Lake Gardens ini merupakan kawasan rekreasi yang menarik pengunjung tempatan dan antarabangsa. Anda boleh datang ke sini untuk terokai tempat-tempat yang tidak ramai tahu.

Alamat : Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur.

3) Bangunan Sultan Abdul Samad @ Dataran Merdeka

Disebabkan keunikan seni bina bangunan ini, ramai pengunjung datang untuk tangkap gambar di setiap penjuru yang ada.

Alamat : Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

4) Changkat @ Bukit Bintang

Siapa je yang tak sukakan gambar yang 'hispter' bukan? Dengan penuh warna-warni dalam feed Instagram anda nanti. Barulah nampak lebih pelbagai!

Alamat : 64, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

5) Menara Berkembar Petronas @ KLCC

Ramai juga pelancong asing akan datang berkunjung ke sini untuk mendapatkan gambar yang lebih menarik dan disimpan untuk dijadikan kenangan di Malaysia.

Alamat : Concourse Level, Petronas Twin Tower, Lower Ground, 50088, Kuala Lumpur.

6) Batu Caves @ Gombak KL

Batu Caves tampil dengan wajah baru iaitu dengan anak-anak tangga yang berwarna-warni. Ramai yang telah berkunjung ke sini lebih-lebih lagi untuk bergambar. Memang cantik dan colourful!

Alamat : Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

Sumber: @MyMOTAC

 

Destination: 
;