
Hubungan Lebih "Intim" Jika Pasangan Selalu Travel Bersama. Tak Percaya? Ini Sebabnya!!!
TRAVELBagi mereka yang selalu travel sudah pasti tahu akan cabaran yang bakal di lalui di tempat orang. Masa ini lah kita akan menjadi diri sendiri. Kalau travel bersama pasangan ini lah waktunya untuk mengenali diri pasangan kerana bila kita berada di tempat orang kita akan mula menunjukan diri sendiri. Tekanan perasaan semasa menghadapi masalah di tempat orang menunjukkan sikap diri sendiri dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Jadi untuk mengenali pasangan masing-masing. Bawak lah mereka travel bersama. Ada banyak kelebihan jika travel bersama. Salah satunya boleh membuatkan hunbungan korang menjadi lebih intim.
1. Percaya
Apabila pasangan bersama-sama di tempat asing, inilah peluang untuk mereka mengenali ‘diri mereka’ yang sebenar dengan lebih dekat dan saling percaya antara satu sama lain. Melihat dunia luar membuatkan mereka saling bergantung antara satu sama lain, lantas membangunkan rasa percaya yang tinggi.
2. Hormat Kelemahan Dan Kekuatan Masing-Masing
Bila nak pergi travel, tentu banyak persediaan yang diperlukan sebelum dan sewaktu perjalanan. Di sinilah mereka belajar untuk menggunakan kekuatan dan mengatasi kelemahan pasangan. Contoh, pasangan yang berani akan memberi moral support kepada pasangan yang ingin mencuba sesuatu yang baru, menyimpan barangan pasangan yang cepat pelupa dan banyak lagi.
3. Romantik
Mengembara bersama, mandi air terjun, melihat bintang di langit atau pun melihat matahari terbenam, makan malam bersama, namakan apa saja aktiviti, kamu akan menjadi orang yang paling romantik di mata pasangan.
4. Belajar Berkongsi Tanggungjawab
Tentu kamu membahagikan tugasan dan tanggungjawab supaya dapat meringankan beban masingmasing. Melalui cara ini, kamu dapat menjadikan pengembaraan lebih menyeronokkan dan mudah. Hal ini pasti akan menjadi kebiasaan dan diaplikasi dalam hubungan kamu dalam rumah tangga.
5. Rasa Selesa & Serasi
Selain dapat tengok perangai yang sebenar, kamu dapat melihat diri ‘sebenar’ pasangan yang keluar dari kehidupan yang formal. Melihat ‘muka busuk’ waktu bangun pagi, tak gosok gigi atau kehabisan sabun, minyak wangi, masa inilah untuk kamu luangkan bersama dia dengan selesa
6. Berkongsi Minat Yang Sama
Siapa yang tak suka travel kan? Selain hobi yang lain, tentunya travel ‘minat’ yang paling mudah dan paling sernok untuk dikongsikan bersama pasangan. Apatah lagi jika kamu dan pasangan seorang food lover, tentu banyak tempat dan makanan yang nak kamu redah sepanjang perjalanan nanti.
7. Ada Satu Sama Lain
Walaupun di tengah-tengah sekumpulan orang yang tidak dikenali, kamu masih mempunyai antara satu sama lain. Tidak kira di mana kamu berada, kamu sentiasa mempunyai satu sama lain untuk membuat kamu merasa diterima dan disayangi. Sweet kan?
8. Hargai Masa Bersama
Kamu akan menghargai setiap detik bersama-sama. Menunggu bas selama 12 jam boleh berakhir perasaan seperti lima minit. Bahkan masa dirasakan berlalu dengan pantas dan tak pernah puas walaupun 24 jam dan 7 hari bersama si dia
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video