Ini Rupanya Sebab Kenapa Sabah Haramkan Airbnb…

TRAVEL
October 30, 2017 - 12:48 PM


Trend untuk menetap di rumah yang disediakan oleh orang tempatan merupakan salah satu plus point untuk para traveller. Mereka memilih untuk lebih dekat dengan orang tempatan dan secara tidak langsung boleh mengenali dan mengetahui bagaimana kehidupan seharian mereka disana.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika Airbnb menjadi pilihan utama para traveller semasa bercuti.

Sungguhpun begitu, anda mungkin tidak dapat menggunakan khidmat Airbnb ini di Sabah! Ini kerana kerajaan negeri mengeluarkan arahan untuk mengharamkan semua Airbnb di negeri tersebut.

Kundasang, Sabah

Menurut laporan daripada Kementerian Pelancongan Sabah, platform Airbnb ini seolah-olah mengambil kesempatan dengan kemasukan pelancong ke negeri tersebut.

Selain dikatakan keterangan pelancong yang menginap di Airbnb tidak diambil dengan betul apabila mereka menginap di Airbnb, faktor keselamatan juga merupakan masalah utama. Ini terjadi apabila segelintir pengusaha tidak mengikuti keselamatan yang ditetapkan oleh pihak Airbnb.

“Airbnb dianggap sebagai perniagaan, dan apabila sesuatu perniagaan dijalankan di kawasan residensi, ia tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial” kata Datuk Pang Yuk Ming kepada NST ketika ditanya tentang hal ini.

Nampaknya, selain motel dan hotel, dah tiada pilihan lainlah untuk traveller yang merancang untuk ke Sabah nanti…