Jom Cari Pakej Percutian Menarik di MATTA Fair 2019!

TRAVEL
March 13, 2019 - 11:32 AM


Berita baik bagi mereka yang gemar melancong dan sedang mencari pakej serta tawaran destinasi percutian yang menarik.

Jangan lupa untuk mengunjungi pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia atau MATTA Fair pada hujung minggu ini iaitu dari 15 hingga 17 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur!

Bagi edisi ke-46 kali ini, MATTA Fair tampil dengan lebih banyak gerai pameran iaitu 1,367.

Terdapat 7 buah dewan yang terlibat dengan MATTA Fair itu nanti --- di mana Dewan 1,2,3 dan Linkway akan menampilkan 1,024 gerai untuk destinasi antarabangsa.

Manakala 257 gerai untuk pelancongan domestik akan diletakkan di Dewan 4 dan 5.

Sementara, sebanyak 86 gerai yang menawarkan pakej umrah pula akan dikhaskan di Dewan 1M.

Namun, kebiasaannya pengunjung yang datang ke MATTA Fair pada Mac suka memilih untuk membeli pakej percutian antarabangsa bagi musim panas.

MATTA Fair bermula pada tahun 1991, namun sejak 2001 pameran pelancongan tersebut diadakan sebanyak dua kali setahun dan telah menarik ratusan ribu pengunjung.

Bagi korang yang ingin berkunjung ke MATTA Fair dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan.