Kepada Backpacker Sila Jaga-Jaga Dengan ‘Scammer’ Jika Travel Ke India

September 06, 2017 - 02:25 PM


Negara India memang antara negara yang cantik namun di sebalik kecantikan India terpalit dengan sikap kurang enak oleh kebanyakkan rakyat India yang dikatakan pengotor. Betul atau tidak, mungkin hampair 90% orang kita setuju bahawa mereka agak pengotor. 

 

Bagi traveler sudah pastinya India merupakan salah satu destinasi yang wajib singgah walaupun banyak cerita yang kurang baik kita dengar. Dengan keindahan alam yang ada di sana mungkin kesusahan yang dialami semasa di sana berbaloi untuk di redah. 

 

Bagi mereka yang nak ke India tidak salah tapi diingatkan agak berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan disekeliling. 

 

Banyak juga traveler yang pernah ke India berkongsi cerita yang agak menakutkan tapi ianya boleh diambil iktibar buat mereka yang akan ke India. 

 

Berikut salah satu kisah pelancong Malaysia yang terkena Scam semasa travel ke India. Thanks kepada Erik Hassan diatas perkongsian ini. 

 

KITAORANG KENA SCAM DEKAT INDIA ​

 

Baru selesai trip ringkas kami ke India. Dok syok citer pasal trip India kitaorang kat member, sekali dia cakap, "Engko kena scam!!!". Fuhhh berderau darah aku baca mesej dia. So aku Google la scam yang dia maksudkan tu... 

 

Anyway, alhamdulillah selesai trip duo kami, Golden Triangle + Rajashtan yang merangkumi New Delhi, Agra, Jaipur & Jodhpur selama 4hari 3malam. Alhamdulillah saya masih hidup dan dah balik Malaysia dah pun.

 

Berbalik pada cerita scam ni.

 

Kami sampai IGI Airport jam 10PM menaiki AirAsia. Touchdown, terus berlari ke Metro Station dan beli tiket ke pusat bandar sebab kami dah book hotel di Hotel Star Villa di Paharganj. Lokasi hotel bersebelahan New Delhi Railway Station. Esok pagi, kami cadang nak naik bas dari Sarai Kale Khan Bus Stop Delhi ke Agra.

 

Sampai New Delhi Metro Station, benda pertama yang aku nampak depan mata aku adalah seorang lelaki tengah kencing tepi jalan. Bau jangan cakap la...memang terbaik. Sana sini bau hanceng. Good start. LOL

 

Kami nak lintas naik jejantas di New Delhi Railway Station untuk sampai ke Paharganj Road. Jam menunjukkan jam 11PM. Masa tiba dekat New Delhi Railway station tu...punyalah ramai manusia tidur dekat stesen kereta api tu! Bergelimpangan atas lantai. Tak pasti pulak aku deorang tunggu tren ke atau memang jadi tempat tidur gelandangan. Huhu. Teruskan perjalanan, hampir menuju jejantas melintas ke Paharganj, ada satu kaunter dengan body scanner dengan seorang lelaki segak berbaju Polo biru dengan seluar jeans tegur kami. Kami sangka dia jaga kaunter tu.

 

Sumber: http://dontstopliving.net/

 

Dia tanya kami mahu kemana, kami cakap la nak pergi Paharganj, sambil tunjuk booking confirmation kami dengan Agoda. Kami tanya dia, dia tahu tak tempat ni? Terus dia cakap, kita tak boleh lalu tempat tu sebab tempat tu ditutup sebab ada rusuhan pengikut Baba Ram dekat area tu. Kalau nak lalu, kena dapatkan permission pass dekat Tourism Centre (DTTDC) dan tunjukkan hotel booking confirmation yang kami dah terima. Ok kami terpinga-pinga juga masa tu, fyi beberapa hari sebelum terbang ke New Delhi aku ada baca juga pasal rusuhan pengikut Baba Ram ni, tak sangka pulak aku sampai jalan ditutup! Aku dengan naifnya percaya la cakap dia, sebab gaya dia macam orang yang kerja situ. Dan sangat professional.

 

So dia bagi direction macam mana nak pergi ke DTTDC, naik tuktuk dari Railway Station, katanya dekat Tourism Centre ni boleh booking sekali tiket train dan bus. Cantekkkk. So kami pun ok jelah, setuju nak pergi DTTDC. Siap dia tolong negokan berapa harga tuktuk dari station ke DTTDC, driver tuktuk cakap 30 Rupees, tapi dia cakap, "No, 10 Rupees for each person, I don't take commission", sampil dia tunjukkan kami berdua. Total harga tuktuk hanya Rs.20. Dalam hati aku, "Alhamdulillah, masih ramai orang India yang baik-baik, syukur jumpa mamat ni, sanggup tolong kita di kala kesusahan. Naifnya kami! Almaklumlah first time sampai India! Hmmmm jilake.

 

Gurmeet Ram Rahim Singh

 

Buat yang tak tahu Baba Ram ni siapa, boleh baca dekat sini: [Link]

 

Sampai kat DTTDC, kitaorang bagitau la kat pegawai tu yg kitaorang nak request permisson pass utk lalu kat Jalan Paharganj tu. Sekali dia kata "Not possible" daa. Sebab rusuhan dan kerajaan India dah tutup jalan ke pusat bandar. Siap dia call hotel yang kitaorang book tu untuk confirmkan booking tu. Hotel plak kata, deorang dah hantar cancellation notice pada customer sebab riot ni, so meaning, booking kitaorang ni cancel!! Padahal takde pun. Kami taktau sebab kami takde wifi masa tu nak check email. Wuuu.

 

Ok la. Hotel takde hal. Cancel jelah. So kitaorang pasrah dan tido je dekat tren station. So kitaorang nak mintak dia tolong belikan tiket tren. Dia tanya destinasi kita, dan tanya nak naik class apa, kemudian dia check dekat website IRTCT (website beli tiket tren India)..dan search result keluar NOT AVAILABLE. Warghhh. Cemas jap.

 

Ok nak beli tiket bas pulak, dia call syarikat bas, pastu dia passkan telefon kat aku supaya aku cakap direct je pada operator bas untuk beli tiket bas ke Agra, bas pun takde! Ishh aku rasa seminggu sebelum flight aku dah check dah dekat Redbus.com, takkan dah habis? Waduh gawat.

 

What about beli tiket the other way around? Delhi - Jodhpur - Jaipur - Agra - Delhi. So dia pun check tren ke Delhi-Jodhpur...result pun masih NOT AVAILABLE! Depan kami dia tunjuk skrin PC dia sebagai bukti. Siap dia tunjuk notis daripada Indian Railway pasal notice cencellation lebih daripada 150 route tren atas beberapa faktor. Waduhh, kacau betul.

 

Gugur jantung kejap. Dahla kitaorang ada 4 hari je dekat India. Aku dah rasa nak skip je satu bandar iaitu Jodhpur, dan nak stay je mana-mana hotel dekat New Delhi supaya aku boleh fikirkan next step sebab kitaorang perlukan internet untuk kitaorang re-plan balik trip ni.

 

 

Pegawai dekat Tourism Centre tu bagi satu cadangan naik taxi ke Agra. Dan dari Agra, boleh la naik tren/bas ke Jaipur atau plan next step dari Agra. Harga yang ditawarkan Rs 9500 naik taxi AC. Kata dia harga dah termasuk tax, minyak, driver etc. Dan harga tersebut harga pergi dan pulang Delhi-Agra-Delhi. Kami sebenarnya hanya perlukan one way trip saja. Tapi disebabkan kami tak ada option lain, dan rasa nak teruskan je trip ni, kami terima jelah tawaran taxi tu sebab itu je option kami sekarang ni since semua route tren dan bas cancel/penuh sebab hari raya.

 

Lebih mengukuhkan keadaan, masa kami pn the way ke DTTDC naik tuktuk tu kami lalu beberapa jalan seperti ditutup oleh pihak polis. Jadi kami sangka isu rusuhan ni memang benar-benar berlaku. Tambahan lagi, lepas kami keluar dari ofis DTTDC, kami nampak beberapa orang polis sedang berbual di luar ofis lantas menguatkan lagi alasan scammer ni yang rusuhan tu memang serius. Siap puji lagi pegawai tu sanggup kerja overtime buka Office sebelum taxi kami gerak ke Agra sebab masa tu dah pukul 1AM! HAHAHA tergelak aku fikirkan balik.

 

Malam tu juga kami gerak ke Agra dan tiba di Agra sekitar jam 4AM. Maknanya kami sampai lebih awal daripada plan asal kami. Dari Agra, kami beli siap-siap semua tiket tren melalui travel agent berdekatan taj mahal. Ehhhh boleh pulak beli! Time ni, kami masih bingung, betul ke tak ni? Betul ke ada riot dan jalan tutup dekat New Delhi tu? Ahhh malas nak fikir, kami follow je Itinerary kami seberti asal. Masa dah sampai Agra, rasa ralat betul bayar RM630 hengget untuk perjalanan 4 jam ke Agra! Takpela nasi dah jadi bubur. Tapi masa tu masih bingung jugak betul ke ni, scam ke apa ke..masih ragu-ragu. Sebab lakonan semua yang terlibat smooth giler.

 

========================
ITINERARY ASAL GOLDEN TRIANGLE + Jodhpur kami
========================
DAY 1: KL - DELHI. Sampai delhi. Bermalam sekitar Train Station.
DAY 2: DELHI - AGRA (Taj Mahal)
DAY 3: AGRA - JAIPUR (Pink City) - JODHPUR (Blue City)
DAY 4: JODHPUR - DELHI (Tidur dalam tren, tiba Delhi jam 6AM)
DAY 5: DELHI - KL (Flight balik jam 11PM)

 

Trip ni sepatutnya bajet dalam RM600-700 je tak termasuk flight dan visa.Tapi akibat kena paw naik taxi Rs 9500 dengan beberapa lagi scam-scam kecil, total bajet kami jadi RM1100+- seorang! Jilake betul. Dahla bawak cash cukup-cukup je. Nasib baik ada credit card. Boleh la back up duit hotel dan makan kami.

 

 

Dekat Jaipur pulak, lagi satu cerita scam, kami hampir-hampir terjerumus ke kancah scam paling menakutkan iaitu scam barangan kemas dan batu permata. Itu pun kami dapat tahu lepas kami pulang ke Malaysia! Phewww

 

Ceritanya camni, time tengah bersiar-siar jalan kaki dekat sekitar Hawa Mahal , kami ditegur oleh seorang jejaka hensem bernama Farhan Khan. Farhan Khan perkenalkan diri dia dan dia regonize raut wajah kami ni iras² Malaysian sebab bapak dia ada peniagaan jual barang kemas dan batu permata dan bapa dia selalu pergi KL sebab dia dealing dengan orang Indonesia untuk beli batu permata dan barang kemas dari Indonesia. Deal dengan Indonesian, tapi jumpa dekat KL, sebab dia kata dekat Indonesia tak selamat....(Tak selamat celah mana tak tahu la, macam Iraq ke hape Indonesia ni??? Tak pulak aku hiraukan) Sebab gaya dan perwatakan dia sangat kemas, agak moden la orangnya. Fasih berbahasa Inggeris. Baik orangnye, pandai dia rapport strangers. Memang tak ada sekelumit pun fikir dia nak scam ke hape ke. Harap-harap dia orang yang baik...hmmm

 

 

Farhan ajak kami sambut Hari Raya Aidil Adha dekat rumah dia n family makan kambing, kebetulan keesokan harinya Hari Raya Haji, malangnya kami dah beli tiket tren ke Jodhpur dan Delhi, lagi 2 jam tren kami ke Jodhpur dari Jaipur. Dan kami takde banyak cash lagi nak cancel tiket tu dan beli tiket lain, so kami terpaksa tolak pelawaan dia. Tapi dalam hati kami, ohh best je dapat merasai pengalaman sambut raya dengan local. Tapi kami takde pilihan sebab tren dah beli. Kami just nak cari kurta je kat Jaipur ni, so dia pun bawa kami ke tempat kedai kawan dia naik tuktuk.

 

Baik sungguh Farhan ni. Dia tolong negokan harga, dia kenalkan kawan-kawan muslim dia, do asyik sebut "we are brothers" berkali-kali. Dan alhamdulillah kawan aku beli kurta dekat kedai yang Farhan rekomen dengan harga yang agak tak berpatutan untuk engko shopping dekat India. Tapi kalau compare dalam ringgit, boleh la murah juga. LOL. Aku tak beli, sebab bagi aku...takde gunanya aku beli benda yang boleh aku dapat kat Malaysia. So aku tengok jelah kawan aku beli pakai credit card.

 

Selesai beli, Farhan masih nak ajak kitaorang untuk celebrate hari raya kat rumah dia, dan kitaorang dengan berat hatinya terpaksa tolak pelawaan dia. Masa tu memang tak fikir apa-apa pun. Sebab Farhan ni nampak baik je. So lepas shopping, kitaorang terus gerak ke Jaipur Railway Station sebab tren kitaorang ke Jodhpur gerak pukul 3.30 petang.

 

Akibat daripada kisah scam Tourism Centre yang aku dapat tahu lepas aku google lepas balik Malaysia, aku pun cuba nak dapatkan kepastian kenapa la tetibe Farhan yang strangers ni baik sangat nak berkawan dengan aku ni, so aku pun Google la "Jaipur Scam" dan pencarian aku membawa aku ke website ni, [Link] dan beberapa lagi website dan forum yang membincangkan pasal scam barang kemas dan batu permata di Jaipur.

 

Berderau darah aku baca cerita ni. Nasib baik tak terkena kali ke-2! Pheww

 

Alhamdulillah, lepas tiba di Agra tu...trip kami berjalan seperti yang kami mahukan. Orang cakap, backpack ke India ni ibarat kau pergi dapatkan lesen backpackers dunia. So aku survive dan sihat walafiat dah selamat sampai Malaysia dah pun. So aku dah dapat lesen backpackers aku! Kah kah.

 

India ni ada macam-macam cerita dan pengalaman kau boleh dapat. Ada yang suka, ada yang duka. Ada yang pergi tempat cantik-cantik, yang kotor pun banyak juga. Aku dah pergi India dan Nepal. Compare dua negara ni, aku rasa, aku lebih selesa dekat Nepal bukan sebab Nepal takde scam. Tapi sebab budaya kencing dan berak bersepah dekat India ni buat aku trauma nak pergi India. Bahahaha. Cukup la trip India ni. Jalan kaki kat tepi jalan pun buat aku dah kembang tekak.

 

Last nasihat aku, banyakkan membaca sebelum korang sampai India tau. Jangan jadi macam aku. Tapi banyak dah aku research, tapi kadang-kadang kita ni manusia terlepas pandang benda-benda yang kita rasa tak penting bagi kita. Dan bila korang dah sampai India, sentiasa ada perasaan curiga pada mana-mana orang yang kau tak kenal cuba berbuat baik dengan kau. Seriously, semua orang. Haha.

 

Itulah pengalaman aku kat India dan aku akan ingat trip India ni sampai bila-bila. Hehe. Sekian saja cerita trip aku. 

Destination: