Kopi Gantikan Diesel Di London

TRAVEL
November 21, 2017 - 02:10 PM


Mungkin kedengaran mustahil, tapi itulah yang sedang diusahakan oleh bio-bean, satu syarikat start-up di British. Mereka bergabung dengan Shell dan Argent Energy untuk mencipta biofuel berasaskan kopi!

Ciptaan mereka ini akan digunakan untuk bas awam di London yang pada masa kini dikuasakan oleh minyak diesel.

Untuk membuat minyak kopi tersebut, syarikat berkenaan mengumpulkan biji kopi yang telah digunakan daripada kilang-kilang, restoran dan juga kafe sebelum dikitar semula. Minyak kopi tersebut akan diekstrak daripada biji dan serbuk kopi kering sebelum dicampurkan dengan bahan lain bagi mencipta biofuel B20.

Hampas Kopi Boleh Dijadikan Bahan Bakar...

B20 boleh digunakan pada bas berenjin diesel tanpa perlu dimodifikasi. Menurut CNN, bio-bean menganggarkan lebih daripada 500 ribu tan kopi dihasilkan dalam masa setahun di Britain. Kopi-kopi yang tidak boleh dipakai lagi ini, jika dipenuhkan dalam satu kawasan, ia akan membebaskan gas yang berbahaya dan memberikan kesan rumah hijau.

Oleh sebab penduduk di Britain meninum lebih kurang 400 juta cawan kopi sehari, tidak hairanlah bio-bean hadir dengan inovasi ini. Untuk projek berkenaan, bio-bean telah berjaya menghasilkan lebih kurang 6000 liter minyak kopi tersebut.

Nampaknya, alternatif kepada petrol mungkin dijumpai lebih cepat dan secara tak langsung dapat menyelamatkan bumi.

 

Sumber : Hypebeast