Kuala Lumpur Menerima Lebih 12juta Pelancong Setiap Tahun..

TRAVEL
November 09, 2017 - 11:14 AM


Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang mempunyai sumbangan terbesar dalam ekonomi negara kita. Kalau kita tengok dekat mana-mana tempat tarikan pelancong seperti KLCC, KL Tower atau shopping mall sekalipun, mesti ramai pelancong.

Sebenarnya, Kuala Lumpur telah tersenarai antara 10 destinasi bandaraya pelancongan yang paling polular di dunia menurut Euromonitor International.

Mengikut senarai terbaru, antara 100 negara yang tersenarai, Malaysia menduduki tangga ke-10 dengan penerimaan 12.29 juta pelancong antarabangsa pada tahun lepas dan jumlah ini diyakini akan bertambah kepada 12.8 juta pada tahun ini.

Mungkin kerana tukaran matawang yang rendah, selain daripada usaha menaikkan industri pelancongan di Malaysia, jumlah kedatangan palancong ke Kuala Lumpur melebihi beberapa bandaraya popular seperti Rome, Tokyo, Seoul dan Istanbul.

 

Apa yang menarik lagi, 5 bandaraya yang menduduki tangga teratas didominasi oleh negara Asia dengan Hong Kong di tempat pertama, diikuti oleh Bangkok, London, Singapura dan Macau. Menurut laporan, rata-rata mencatatkan peningkatan bilangan pelancong dari China.

Selain Kuala Lumpur, dalam senarai 100 bandar itu juga ada Johor Bharu (42) dan Pulau Pinang (63). Dan kalau anda nak tahu 10 destinasi yang top-10 pada 2016 itu, ini senarainya…

  1. Hong Kong – 26.6 juta pelancong
  2. Bangkok – 21.2 juta
  3. London – 19.2 juta
  4. Singapura – 16.6 juta
  5. Macau – 15.4 juta
  6. Dubai – 14.9 juta
  7. Paris – 14.4 juta
  8. New York – 12.7 juta
  9. Shenzhen – 12.6 juta
  10. Kuala Lumpur – 12.29 juta

 

 

Sumber : themalaymail