Letusan Ketiga Gunung Agung – Asap Tebal, Debu Dibebaskan

TERKINI
November 27, 2017 - 04:10 PM


Lapangan terbang di Bali dan Lombok terpaksa ditutup berikutan terletusnya Gunung Agung untuk kali ke tiga. Menurut penasihat daripada Lapangan Terbang Changi itu, kedua-dua lapangan terbang terpaksa ditutup berikutan letusan terbabit.

Peutupan ini berkuatkuasa serta merta sehingga diberitahu kelak. Menurut satu posting di Facebook, para penumpang boleh mendapatkan status terkini penerbangan mereka melalui aplikasi iChangi atau laman web changiairport.com.

Pada hari Ahad yang lepas, Gunung Agung telah membebaskan asap serta debu tebal setinggi 6000 meter ke udara. Untuk letusan kali ke tiga yang berlaku semalam, Gunung Agung dikatakan membebaskan asap dan juga debu setinggi 4000 meter ke udara.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai memaklumkan bahawa kira-kira 28 penerbangan keluar dan masuk terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

Difahamkan juga, beberapa penerbangan domestik ke Lombok yang terletak di kawasan timur Bali juga terpaksa dibatalkan.

Walaupun lapangan terbang di Bali tetap menjalankan aktiviti seperti biasa, amaran merah telah dikeluarkan kepada syarikat penerbangan oleh Pusat Vulkanologi Indonesia.

 

Sumber : Sinar Harian

Destination: