Lihat Mimaland Selepas 24 Tahun Ditinggalkan Tidak Beroperasi

TRAVEL
September 17, 2019 - 05:06 PM


Mimaland merupalah salah satu taman tema yang cukup popular di Malaysia satu ketika dahulu. Namun akibat berlakunya kemalangan yang melibatkan kematian, taman tema ini telahpun ditutup untuk orang ramai dan dibiarkan tidak berpenghuni. Tidak hairanlah Mimaland tersenarai antara tempat paling berhantu di Malaysia.

Jika anda berkesempatan untuk melihat Mimaland selepas 24 tahun ditinggalkan, sanggupkan anda?

Mungkin bagi peminat cerita mistik tidak akan lepaskan peluang ini. Jom kita lihat apa yang ada di Mimaland selepas 24 tahun. Artikel ini ditulis dari saudara Mohd Nizam Zambari.

Tidak ramai yang menyedari lokasi sebuah pusat taman rekreasi Mimaland yang pernah beroperasi suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun taman itu telah ditutup atas beberapa kes mahkamah yang dihadapi.

Bila sebut Mimaland, khususnya anak-anak muda zaman kini akan terpingga-pingga apa itu? Mimaland adalah singkatan bagi “Malaysia In Miniature Land“ taman tema pertama dan terhebat sekitar 80-an. Selepas  insiden mati lemas disalah satu kolam di situ, Mimaland diarahkan tutup!

Itu bukan antara fakta sebenarnya kenapa Mimaland ini ditutup.

Pagi 18 Feb 2017 kami 80 orang diketuai oleh saudara Itek Kejam, cuba mengimbau kembali kenangan hebat Mimaland satu ketika dulu. Dan seperti kebiasaannya saya akan membawa bersama anak-anak untuk trip sepak daun ini. Selesai bacaan doa, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Perjalanan adventure sepak daun diteruskan dengan mengharungi semak-samun dan pokok-pokok tinggi yang sudah 24 tahun tumbuh liar setelah Mimaland ini ditutup. Melawat kolam utama Mimaland yang masih terdapat air walaupun jauh sudut hati kami terpanggil untuk terjun kedalamnya!

Kemudian kami dibawa untuk melihat kolam popular di Mimaland satu ketika dulu, “Super Splash”! Yang tinggal hanya tapak tangga sahaja. Dihadapannya kolam mandi yang sudah ditumbuhi semak samun. Kami melangkah dengan lebih berhati hari kerana kawasan semak samun membuatkan kami risau akan kehadiran biantang berbisa.

Tapak motel-motel Mimaland untuk pelawat suatu ketika dahulu yang tinggal kini hanyalah tiang-tiang dan bumbung mereput yang menunggu masa untuk menyembah bumi. Di sinilah dikatakan entiti paranormal sering kelihatan bila menjelang waktu malam.

Ditapak “Carnival Area” yang popular untuk pelawat kanak-kanak masih lagi kelihatan bumbung bangunan serta didalamnya beberapa mainan kanak-kanak yang masih boleh terdapat disitu serta ruang-ruang bilik khas permainan.

Dan acara kemuncak trip sepak daun kali ini adalah melawat “Animal Kingdom”. Kami harus mendaki bukit-bukit yang terdapat disini untuk sampai ke kawasan tersebut.

Masih terdapat beberapa arca-arca dinosaur yang masih kekal kukuh disitu. Keriangan kami tidak dapat dibendung lagi apabila anda dikalangan kami mengimbau kenangan-kenangan lalu ketika bergambar disini. Sesungguhnya lawatan ke Mimaland tidak akan lengkap sekiranya tidak kesini ketika dulu!

Kata kata orang diluar sana yang Mimaland ini berhantu, sememangnya kurang tepat sekiranya mereka datang melawat pada siang hari!

Melihat semua gambar-gambar ini, nampaknya Mimaland tidaklah seseram seperti apa yang dikatakan mungkin anda boleh cuba melawat Mimaland selepas ini. 

Kesan peninggalan Mimaland masih wujud hingga kini.

Destination: