Menjejaki Lokasi Penggambaran Filem Star Wars: The Last Jedi Yang "Ohsem"

TRAVEL
January 10, 2018 - 03:11 PM


Anda peminat filem Star Wars? Jom tengok lokasi penggambarannya yang buat anda membayangkan berada bersama Rey, Finn dan BB-8. Oh, tak perlu cari kapal angkasa untuk melawat ke galaksi lain, semuanya ada di bumi sahaja!

Memetik Mirror, kebanyakan penggambaran dibuat di Pinewood Studios, namun lokasi lain terletak di Ireland, Amerika Selatan dan lain-lain lokasi.

Ireland 

Bagi yang tak tahu, negara ini sememangnya menjadi lokasi utama untuk filem-filem Star Wars sebelum ini. Landskap pelbagai serta kawasan pantai memukau menjadikan ia pilihan tempat untuk lokasi penggambaran. Contohnya, tebing tinggi termasuk di County Donegal's Malin Head, Loop Head dan Ceann Sibeal menjadi latar belakang filem. Cukup unik, macam berada di dunia lain

Skellig Michael

Loop Head dengan tebing curam dan padang menghijau

Croatia

Croatia terus menjadi tumpuan pelancong terutama selepas kota-kotanya dijadikan lokasi filem 'Game of Thrones'. Sekarang, bertambah-tambah lagilah jumlah kunjungan sebab lokasi The Last Jedi adalah di Dubrovnik.

Dubrovnik

Walaupun ada pengubahsuaian dibuat dengan menggunakan kesan khas imej janaan komputer (CGI), tapi latar yang sebenar masih dapat dilihat. Dalam filem itu, Dubrovnik merupakan Casino City Canto Bight.

Di lokasi, mereka menggunakan jalan raya dan struktur bangunan untuk mencipta kota baru. Dubrovnik juga tersenarai dalam Warisan Dunia UNESCO kerana terkenal dengan pelabuhan bersejarah, kubu yang mengagumkan serta gereja dengan seni bina Baroque di bahagian kota lama

Bolivia

Salar de Uyuni, Bolivia

Dataran garam terbesar di dunia merupakan Planet of Crait dalam filem itu. Sememangnya dataran itu nampak macam berada di galaksi lain. Landskapnya cukup cantik dengan pemandangan amat mengagumkan, macam tak percaya wujud lokasi seperti ini!

Start Wars masih dan terus diminati ramai. Malah, bukunya juga dijual berjuta-juta naskhah. Memang filem epik begini 'lain daripada lain' dengan bajet besar dan tentulah, lokasi terbaik.

Mana tahu, ada rezeki satu hari nanti bolehlah melawat lokasi filem itu. Kalau tak, kena puaskan hati tengok dalam filem sajalah